Showing posts with label Liga Super 2009. Show all posts
Showing posts with label Liga Super 2009. Show all posts

Wednesday, April 01, 2009

Imbasan Liga Super 2009: Kelantan Vs Negeri Sembilan

Kelantan Rebah Di kandang Sendiri

PEMAIN Kelantan, Ramzul Zahini Adenan (kiri) diasak pertahanan Negeri Sembilan, Mohd. Aidil Zaquan pada aksi di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu semalam.

HUJAN 'botol mineral' mengiringi kekalahan 1-2 sang Kijang kepada pasukan Negeri Sembilan di gelanggang keramat mereka di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.

Insiden membaling botol yang diselangselikan dengan letupan mercun berlaku ekoran beberapa keputusan pengadil yang dianggap penonton sebagai berat sebelah.

Ia serba tidak menjadi.

Benteng Kelantan yang dibarisi Ahmad Azlan Zainal, Rizal Fahmi Rosid, Daudsu Jamaluddin dan Zairul Fitree Ishak dilihat sebagai punca kepada kekalahan di hadapan lebih 20,000 penyokong sendiri itu.

Permainan sambil lewa, tidak kreatif dan tidak bermaya yang dipamerkan pasukan tuan rumah membolehkan jentera serangan Negeri Sembilan mudah merobek gawang Kelantan dengan dua gol mudah.

Gol pertama pasukan pelawat hadir pada minit ke-41 menerusi Shahruain Abu Samah apabila mudah menyempurnakan hantaran Zaquan Adha Abdul Radzak dari dalam kotak penalti.

Pada separuh masa kedua, rentak Kelantan agak berubah apabila tampil dengan corak permainan pantas. Mereka gagah menyerang tetapi penyudahnya tetap buntu.

Bagaimanapun. kealpaan mereka sekali lagi dihukum apabila penyerang kebangsaan, Zaquan Adha meletakkan pasukan pelawat selesa di hadapan 2-0 pada minit ke-62.

Bermula dengan salah faham antara Halim Napi dan bek kiri Kelantan, Zairul Fitree, Zaquan bijak mengambil kesempatan untuk menolak bola mudah ke gawang Kelantan.

Drama di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV bermula pada minit ke-73 apabila permainan terhenti hampir lima minit apabila penyokong fanatik tuan rumah mula 'mengamuk'.

Beberapa keputusan pengadil yang tidak memihak kepada pasukan Kelantan serta gelagat pemain Negeri Sembilan yang melambat-lambatkan permainan menyebabkan penonton berang.

Pengadil, Shokri Nor terpaksa menghentikan permainan seketika dan pemain Kelantan terpaksa campur tangan untuk menenangkan penyokong mereka.

Seminit selepas permainan bersambung, Kelantan berjaya mendapat gol sagu hati menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Indra Putra Mahyuddin setelah Badri Radzi dijatuhkan dalam kotak penalti oleh penjaga gol, Sani Anuar Kamsani.

Sumber: Kosmo

NS Jinak Red Warriors

PEMAIN Kelantan, Indra Putra Mahayuddin (kiri) membuat percubaan di pintu gol Negeri Sembilan dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, malam tadi.

REKOD cemerlang Kelantan di gelanggang sendiri lebur di tangan Negeri Sembilan apabila tewas 1-2 ketika Perlis melonjak sebagai pendahulu baru selepas mengambil kesempatan daripada kekalahan yang turut dialami Selangor.

Di Stadium Sultan Muhd IV Kota Bharu, rekod tuan rumah bukan sahaja lebur malah kini berdepan kemungkinan dikenakan tindakan berikutan insiden membaling objek ke padang oleh penyokong tempatan yang menyebabkan permainan terhenti lima minit.

Kelantan mendapat peluang seawal pada minit ketujuh menerusi tandukan Azlan Zainal, yang berpunca daripada sepakan sudut kapten pasukan, Badri Radzi tetapi bola berjaya dikeluarkan benteng lawan di atas garisan gol.

Negeri Sembilan hampir menghukum kealpaan tuan rumah pada minit ke-33, tetapi sepakan kaki kiri Mohd Zaquan Adha sekadar menggegar jaring luar Kelantan.

Namun, pelawat akhirnya memecah kebuntuan hasil serangan balas pantas yang disudahkan Shahurain Abu Samah (m-41) apabila dia melepaskan sepakan leret menewaskan Halim Napi selepas menerima hantaran Zaquan.

Pasukan bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu kemudian melebarkan jurang gol menerusi Zaquan (m-62), sebelum Indra Putra Mahayuddin merapatkan jurang menerusi sepakan penalti pada minit ke-84 yang sekadar gol sagu hati tuan rumah.

Sumber: Berita Harian

Jika mengalami masalah untuk menekan butang "...lagi", sila tekan sini.

Tuesday, March 31, 2009

Keputusan Terkini Liga Super 2009 (31 Mac 2009)

Separuh Masa Kedua

MyTeam 1 - 0 KL Plus [FT]
(HT: 1 - 0)

KM Naza 0 - 1 Perlis [FT]
(HT: 0 - 1)

PDRM 1 - 2 Johor FC [FT]
(HT: 1 - 0)

Kelantan 1 - 2 Negeri Sembilan [FT]
(HT: 0 - 1)

Terengganu 2 - 1 Selangor [FT]
(HT: 2 - 0)

Pahang 2 - 4 Kedah [FT]
(HT: 0 - 2)

Pulau Pinang 1 - 2 Perak [FT]
(HT: 0 - 0)

Liga Super: Menjelang Pertemuan Antara Kelantan Vs Negeri Sembilan Malam Ini (31 Mac 2009)

Jang Sedia Gempur Kijang

NEGERI Sembilan mengakui bakal berhadapan tugas getir menentang Kelantan dalam pertemuan Liga Super di Stadium Sultan Mohamad IV Kota Bharu, malam ini, tetapi menyifatkan kemenangan amat penting kerana ia bukan saja buruan untuk menduduki tangga teratas carta sebaliknya ia mampu memberikan sokongan moral kepada pemain menjelang aksi separuh akhir Piala FA, 7 April nanti.

Sehubungan itu, jurulatih Wan Jamak Wan Hassan, mahu anak buahnya memberikan persembahan terbaik bagi merealisasikan kemenangan.

Menurutnya, beliau sudah membuat persiapan rapi semasa rehat tempoh hari termasuk melakukan beberapa perubahan taktikal bagi memantapkan jentera pasukan.

“Misi kita adalah untuk mencapai kemenangan sekali pun beraksi di gelanggang lawan dan pemain perlu melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.

“Apa yang penting pemain kena fokus sepenuhnya terhadap persembahan mereka di atas padang kerana ia adalah faktor penentu kepada kemenangan.

“Mereka sudah diingatkan betapa kemenangan ke atas Kelantan amat penting, bukan saja dalam usaha untuk menuju ke tangga teratas carta tetapi azimat penting dalam meningkatkan lagi keyakinan diri menjelang saingan separuh akhir pertama Piala FA, nanti,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Jika mengalami masalah untuk menekan butang "...lagi", sila tekan sini.

Saturday, March 28, 2009

Liga Super: Jang intai peluang terajui takhta liga

NEGERI Sembilan melaungkan keyakinan untuk terus mencabar kedudukan tiga pasukan teratas Liga Super, sebaik turun menentang Kelantan, Selasa depan, dalam usaha meletakkan kembali pasukan di puncak saingan berprestij itu.

Ketika ini Negeri Sembilan hanya ketinggalan dua mata daripada tiga pasukan teratas carta iaitu Selangor, Kelantan dan Perlis selepas mengharungi lapan perlawanan.

Jurulatih Wan Jamak Wan Hassan, berkata keyakinannya bersandarkan kepada peningkatan prestasi pemain Negeri Sembilan termasuk pemain muda yang kini sudah membuktikan persembahan cemerlang hingga mampu meletakkan skuad berkenaan pada posisi meyakinkan.

Menurutnya, pihaknya menarik nafas lega kerana persefahaman anak buahnya semakin kukuh untuk menyerlahkan keputusan lebih baik selepas ini, malah persembahan pemain seperti S Kunalan, Shahurain Abu Samah, Mohd Rahman Zabul dan Mohd Afendy Adimel dilihat terus meningkat.

“Selain itu, gandingan kembar, Mohd Zaquan Adha dan Mohd Aidil Abdul Radzak bersama pemain berpengalaman seperti Rezal Zambery Yahya, Mohd Shukor Adan, Idris Karim (gambar) serta Ching Hong Aik, yang terus menjadi tonggak utama pasukan.

“Saya yakin Negeri Sembilan berpeluang mencipta kejayaan yang lebih baik musim ini berbanding naib juara Liga Super musim lalu dan sememangnya itu menjadi matlamat utama kita,” katanya semalam.

Beliau berharap supaya pemain tidak leka sebaliknya sentiasa fokus kepada tugas yang disandarkan kerana perjuangan belum selesai dan banyak lagi cabaran yang bakal dihadapi bagi memastikan kejayaan pasukan.

Katanya, tumpuan kini terarah kepada misi melenyapkan cabaran Kelantan pada Selasa depan dan beliau mungkin akan melakukan perubahan taktikal bagi menjamin kemenangan.

Sumber: Harian Metro

Jika mengalami masalah untuk menekan butang "...lagi", sila tekan sini.

Saturday, March 21, 2009

Keputusan Penuh Liga Super - 21 Mac 2009

Keputusan Penuh Perlawanan

Perlis 0 - 0 Perak

Kelantan 4 - 1 Pulau Pinang

KL Plus 0 - 1 Johor FC

UPB MyTeam 1 - 1 Negeri Sembilan

KM Naza 1 - 2 Selangor

PDRM 0 - 2 Kedah

Terengganu 3 - 0 Pahang


Undian Bola

Sebelum ini aku dah bukak undian menjelang perlawanan Liga Super antara pasukan kelantan menentang Pulau Pinang. Ramai juga yang ambil bahagian dalam undian tu. Dan setelah tamat perlawanan semalam, para mengunjung membuat ramalan tepat dengan memilih Kelantan sebagai pasukan yang akan memenangi perlawanan tersebut dengan 88% undian manakala 6% untuk Pulau Pinang dan 4% memutuskan perlawanan akan berakhir dengan keputusan seri. Terima kasih atas sokongan anda. Memang sporting lah!

Liga Super: Kelantan Vs P.Pinang Malam Ini (21 Mac 2009)

Ibarat 'Old Trafford'

TUAH Stadium Sultan Mohammad Ke-IV, Kota Bharu sekali lagi menjadi sandaran pasukan Kelantan apabila melayan kunjungan Pulau Pinang pada perlawanan Liga Super malam ini.

Rekod cemerlang di gelanggang keramat mereka itu akan terus dipertahankan dan apa yang pasti, pasukan lawan akan berasa gerun melangkah ke stadium tersebut yang menjadi gelanggang Sang Kijang berpesta gol.

Penyokongnya menyifatkan ia ibarat 'Old Trafford' tempatan kerana pasukan lawan tidak akan pulang selesa dari stadium tersebut.

Ketua pasukan, Badri Radzi memberitahu bahawa rakan sepasukannya kini sudah bersedia dan bersemangat untuk turun beraksi selepas hampir dua minggu berehat ketika saingan liga dihentikan seketika.

Menurutnya, Sang Kijang kini berada pada prestasi terbaik dan semua pemain bebas daripada sebarang kecederaan, cuma dua pemain sahaja yang mengalami penggantungan.

"Zairul (Fitree Ishak) tidak dapat beraksi akibat mengumpul tiga kad kuning sementara Azlan (Zainal) pula masih menjalani penggantungan akibat kad merah ketika pertemuan menentang UPB-MyTeam pada 3 Mac lalu.

"Kita tidak mengalami masalah dengan penggantungan tersebut kerana masih ramai lagi pemain yang mampu mengisi kekosongan tersebut," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Tambahnya, jentera penggempur yang diketuai Khalid Jamlus dan Norfarhan Mohamad juga dilihat sudah bersedia untuk merobek gawang lawan.

Bagaimanapun, Badri juga mengharapkan rakannya di bahagian tengah, Khairan Eroza Razali akan pulih sepenuhnya daripada kecederaan sebelum perlawanan bermula malam ini.

"Buat masa ini saya belum pasti siapa yang akan digandingkan bersama saya dan kami semua berjanji untuk melakukan yang terbaik," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menaruh harapan agar jurulatih Peter James Butler dapat menyenaraikan penyerang lincah, Che Hishammuddin Hassan dalam kesebelasan utama.

Jelasnya, pemain itu mampu memainkan peranan yang besar dalam usaha mengucar-ngacirkan pertahanan lawan dengan kepantasan dan kelincahan yang dimiliki.

"Dia memang dikenali sebagai seorang penyerang yang lincah dan kita memerlukan khidmatnya untuk membentuk rangkaian penggempur yang lebih bertenaga.

"Sejak beberapa hari lalu, jurulatih nampaknya banyak menggunakan khidmatnya dalam sesi latihan dan kita berharap dia akan disenaraikan dalam skuad yang akan turun menentang Pulau Pinang nanti," jelasnya.

Sumber: Kosmo

Kijang idam rampas takhta

SELEPAS berehat selama hampir sebulan, saingan Liga Super kembali bersambung malam ini dengan pendahulu, Selangor bertandang ke Stadium Darulaman, Alor Star untuk melayan skuad KM Naza sambil Kelantan mengharapkan tuah di gelanggang sendiri untuk merampas pendahulu takhta.

Kelantan yang menunjukkan kebangkitan yang boleh dianggap mendadak sejak disertai beberapa pemain bertaraf bintang itu akan menentang Pulau Pinang di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV di Kota Bharu.

Perlis yang menduduki tangga ketiga turut mempunyai kelebihan setanding dengan pasukan Kelantan apabila anak buah ketua jurulatih, Irfan Bakti itu menanti kunjungan Perak di Stadium Utama Negeri, Kangar.

Selangor, Kelantan dan Perlis masing-masing mengumpul jumlah mata yang sama iaitu 18 mata dan hanya dipisahkan menerusi kelebihan jaringan dan bolos sekali gus membuatkan ketiga-tiganya tidak boleh tercicir sebarang mata malam ini.

Justeru, rencana siapakah di antara K Devan (Selangor), Peter Butler (Kelantan) dan Irfan Bakti (Perlis) yang bakal menjadi kerana pertembungan kesembilan malam ini bakal membuka ruang untuk salah satu daripada ketiga-tiga skuad bimbingan mereka untuk bergelar pendahulu.

Turut mempunyai peluang untuk merampas kedudukan selaku pendahulu Liga Super ialah pasukan di tangga keempat iaitu Negeri Sembilan yang akan menentang kelab UPB/MyTeam di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Negeri Sembilan mengumpul 16 mata, kurang dua daripada Selangor, Kelantan dan Perlis tetapi selain perlu menang ke atas UPB/MyTeam, mereka juga mengharapkan ketiga-tiga pasukan berkenaan tewas di tangan lawan masing-masing.

Selangor bakal beraksi tanpa R Surendran dan Amirulhadi Zainal yang masing-masing berdepan penggantungan dan kecederaan tetapi Devan tidak bimbang kerana beliau sudah mengatur pengganti terbaik untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

“Suren (Surendran) digantung satu perlawanan kerana kad kuning manakala Amirulhadi perlu berehat selama kira-kira lima atau enam minggu. Ketiadaan mereka tidak menjejaskan persiapan kami kerana saya mempunyai pengganti untuk mereka.

“Kami datang ke Stadium Darulaman untuk menang dan tidak ada sesiapa yang boleh menghalang hasrat kami itu. Semuanya bergantung kepada pemain saja dan semangat yang mereka perolehi daripada saingan Piala FA akan menjadi faktor pendorong,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Jika mengalami masalah untuk menekan butang "...lagi", sila tekan sini.

Thursday, March 19, 2009

Liga Super 2009: Menjelang Pertemuan Antara Kelantan Vs P.Pinang

Kelantan lega kehadiran Farisham

SKUAD Kelantan mampu menarik nafas lega apabila tonggak pertahanan mereka, Farisham Ismail pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Dia disahkan cergas untuk kembali beraksi.

Pertembungan menentang Pulau Pinang dalam saingan Liga Super di Kota Bharu, Sabtu ini bakal menampilkan aksi pertamanya selepas hampir tiga bulan berehat.

Menurutnya, beliau terpaksa direhatkan selepas mengalami kecederaan hamstring ketika latihan sebelum menentang Johor dalam saingan Piala FA, Januari lalu.

"Saya hanya sempat beraksi dalam tiga perlawanan untuk musim 2009 dan terpaksa melihat aksi rakan-rakan dari luar padang selepas mengalami kecederaan.

"Kini saya disahkan cergas dan tidak sabar untuk kembali beraksi dan berharap akan disenaraikan dalam pertemuan menentang Pulau Pinang Sabtu ini," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, beliau sudah menjalani latihan seperti biasa dan sudah tidak sabar untuk turun beraksi membantu benteng Kelantan yang dilihat agak longgar.

"Saya mungkin akan digandingkan bersama Rizal (Fahmi Rosid) sebagai bek tengah selepas kehadiran Daudsu (Jamaluddin) yang mengambil posisi lama di bahagian pertahanan kanan.

"Pertahanan tengah memang posisi saya sejak dulu dan tahun lepas saya terpaksa bermain sebagai bek kanan," ujarnya.

Jelasnya, beliau tidak mempunyai masalah untuk membentuk gandingan bersama Rizal Fahmi kerana pernah bermain bersama sejak mewakili Kelantan dalam pasukan Piala Presiden.

Sementara itu, ketua pasukan Kelantan, Badri Radzi berkata, kehadiran Farisham mampu mengubah persembahan Sang Kijang dan khidmatnya amat diperlukan.

Jelasnya, Kelantan kehilangan khidmat Ahmad Azlan Zainal yang masih menjalani hukuman penggantungan akibat dilayangkan kad merah dan Farisham dilihat mampu mengisi kekosongan tersebut.

"Dia (Farisham) mempunyai kepantasan yang sungguh menakjubkan dan pasukan amat bergantung harap kepadanya untuk membentuk benteng yang kukuh bersama Rizal.

"Kita sedang berusaha untuk mengukuhkan lagi benteng pertahanan yang dilihat agak longgar dan pemain lain juga dilihat sudah bersedia beraksi selepas diberikan cuti yang agak panjang," ujarnya.

Sumber: Kosmo

Halim, Shahrizan peningkan Butler

PENGENDALI pasukan Kelantan, Peter Butler, belum memutuskan penjaga gol mana antara Halim Napi dan Shahrizan Ismail yang akan diturunkan pada perlawanan Liga Super menentang Pulau Pinang di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Sabtu ini.

Namun, dia tetap lega kerana sekurang-kurangnya mempunyai pilihan selepas Halim bersama, pemain pertahanan tengahnya, Azlan Zainal, yang digantung dua perlawanan kerana kad merah, kini sudah boleh dipertimbangkan selepas menjalani hukuman mereka.

“Sehingga kini, saya masih menilai prestasi kedua-dua penjaga gol itu. Bagi saya, Shahrizan menunjukkan prestasi yang baik selepas diberi peluang beraksi pada perlawanan sebelum ini, manakala Halim perlu pandai mengawal emosinya, sekiranya diturunkan," katanya.

Butler berkata, rehat panjang selama dua minggu membolehkannya mengatur strategi dan menggandakan lagi latihan pasukannya dan kehadiran tonggak utama seperti Azlan, bakal menguatkan lagi pertahanan Kelantan.

Menurut Butler, anak didiknya itu sedia menerima kunjungan Pulau Pinang dan yakin kelebihan beraksi di gelanggang sendiri bakal menyaksikan tiga mata menjadi milik mereka.

Katanya, kemenangan dan pungutan mata penuh adalah keutamaanya pada pertemuan malam itu, apa lagi keseluruhan tonggak utama Kelantan kini berada dalam keadaan terbaik.

"Berdasarkan rekod sebelum ini, kelebihan beraksi di gelanggang sendiri memihak kepada kami dan saya yakin kemenangan pasti berulang lagi.

“Selain kemenangan, kami juga turut mengintai ruang untuk ke tangga teratas liga tetapi keupayaan Pulau Pinang tidak boleh dipandang rendah,” katanya.

Kelantan kini menghuni tangga kedua Liga Super selepas berkongsi mata dengan pendahulu liga, Selangor tetapi dibezakan dengan jumlah jaringan manakala Pulau Pinang yang dilanda pelbagai masalah kini berada di tangga ketiga tercorot.

Sumber: Berita Harian

Jika mengalami masalah untuk menekan butang "...lagi", sila tekan sini.

Friday, March 13, 2009

Insiden Kekecohan Penyokong di Stadium Shah Alam, KAFA Terlepas Hukuman

FAS, KAFA terlepas hukuman

SETIAUSAHA Agung FAS, Hamidin Mohamad Amin (dua dari kanan) mengatakan sesuatu kepada Penolong Setiausaha KAFA, Ariff Hassan (dua dari kiri) sambil diperhatikan Halim Napi (kiri) sebelum mesyuarat Jawatankuasa Disiplin FAM berhubung isu pergaduhan penyokong di Wisma FAM, semalam. - UTUSAN/SHAIFUDIN MOHD. NOR

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) terlepas dari hukuman ekoran insiden kekecohan penyokong kedua-dua pasukan dalam perlawanan Liga Super bulan lalu.

Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dipengerusikan oleh Kamaruddin Abdullah dalam mesyuaratnya di Wisma FAM semalam membuat keputusan tersebut apabila FAS dan KAFA berjaya membuktikan tidak berlaku kecuaian dalam aspek kawalan keselamatan di venue perlawanan.

FAS dibebaskan daripada tuduhan penyokongnya melemparkan objek ke arah tempat duduk orang kenamaan kerana FAS telah menyediakan kawalan keselamatan yang secukupnya.

''FAS menempatkan kira-kira 300 anggota keselamatan ketika perlawanan tempoh hari demi memastikan aspek keselamatan terjamin.

''Namun FAS diberikan amaran keras ekoran insiden tersebut,'' katanya.

KAFA turut lega apabila bebas dari tuduhan segelintir penyokongnya melemparkan ketulan batu, mercun dan pelbagai objek lain ke arah penyokong Selangor.

''Selepas perbincangan, sukar untuk mengenal pasti penyokong pasukan mana yang memulakan insiden membaling objek sewaktu perlawanan di Stadium Shah Alam tempoh hari,'' kata Kamaruddin.

Dalam perlawanan 29 Februari lalu, Selangor menang 3-0 sekali gus merampas teraju Liga Super dari Kelantan.

Dalam satu lagi kes yang dibicarakan semalam, Jawatankuasa Disiplin FAM mendenda RM1,000 dan menggantung dua perlawanan masing-masing kepada pertahanan Selangor, Khairul Anuar Baharom dan penjaga gol Kelantan, Mohd. Halim Napi kerana menerima kad merah dalam perlawanan tempoh hari.

Kedua-dua pemain itu telah pun menjalani hukuman penggantungan apabila tidak beraksi dalam perlawanan suku akhir Piala FA.

Sementara itu, enam pemain futsal pasukan Kelantan didenda dan digantung perlawanan kerana terlibat dalam pergaduhan beramai-ramai di Kejohanan Liga Futsal Kebangsaan di Kuantan, baru-baru ini.

''Pemain yang didapati bersalah dikenalpasti menerusi rakaman video insiden tersebut,'' kata Kamaruddin.

Enam pemain terbabit ialah Ahmad Ikhwan Zain didenda RM1,000 dan gantung lima bulan manakala Zaila Azam Ishak digantung tiga bulan.

Empat lagi pemain yang tidak hadir semalam dikenakan denda RM400 setiap seorang dan digantung sehingga ke satu tempoh yang ditetapkan ialah Mohd. Raduan Abdullah, Khairul Falani, Adek Yuzee Yahya dan Nazri Nazrul Abdul Aziz.

Sumber: Utusan Malaysia

FAS, Kafa terlepas hukuman

JURULATIH Felda United, Reduan Abdullah (gambar) - digantung setahun pada 26 Februari lalu gara-gara 'bercakap tanpa kebenaran' - mungkin berharap kesnya hanya dibincangkan Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.

Kerana berbeza dengan ketegasan ketara apabila menghukumnya, dua minggu lalu, jawatankuasa sama ‘melakar sejarah’ apabila memutuskan untuk tidak menghukum tiga pihak yang dihadapkan kepadanya, semalam.

Paling beruntung ialah Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang ‘terlepas’ biarpun terbukti ada insiden penonton membaling kerusi ke arah tempat duduk orang kenamaan di Stadium Shah Alam ketika aksi bertemu Kelantan, 28 Februari lalu.

Turut beruntung ialah tonggak bentengnya, Khairul Anuar Baharom apabila dakwaan ‘mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan pegawai perlawanan’ digugurkan jawatankuasa itu selepas aduan pengadil tidak disokong pembantunya.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) juga bernasib baik pulang dengan amaran keras selepas jawatankuasa memutuskan bahawa sukar untuk mengenalpasti sama ada penyokongnya membaling pelbagai objek ke padang pada perlawanan sama.

“Isunya ialah sama ada FAS menyediakan kawalan keselamatan mencukupi ataupun tidak. Mereka membuktikan ada lebih 300 anggota polis dan jawatankuasa berpuas hati,” kata pengerusi jawatankuasa, Kamaruddin Abdullah.

Ia bermakna jawatankuasa memilih ‘bertolak ansur’ dan tidak terikat kepada Peraturan Tatatertib FAM - iaitu Kesalahan 19.12 untuk dakwaan ‘apabila penonton merosakkan harta benda stadium seperti kerusi, pintu, pagar dan lain-lain.’

Jika jawatankuasa itu patuh - seperti ketika menghukum Reduan sebelumnya - FAS berdepan hukuman ‘denda RM25,000 selain perlu membayar pada kos sebenar kerosakan harta kepada pentadbir stadium’.

Jawatankuasa semalam sekadar mengenakan hukuman minimum - penggantungan dua perlawanan dan denda RM1,000 - terhadap Khairul dan penjaga gol Kelantan, Halim Napi kerana kekasaran terhadap pemain lawan.

Sumber: Berita Harian

Jika mengalami masalah untuk menekan butang "...lagi", sila tekan sini.

Friday, March 06, 2009

Skuad Kelantan habis 'bateri' punca kalah di Shah Alam?

Sesuatu info yang amat menarik perhatian aku dalam ruangan sukan dalam akhbar Kosmo hari ini terutama bagi peminat setia The Red Warriors. Mungkin ini adalah salah satu punca kekalahan Kelantan di tangan Selangor tempoh hari selain faktor mutu pengadilan yang amat rendah? Sedikit sebanyak ada kebenarannya. FAM seharusnya lebih peka dalam mencorak perjalanan Liga M di Malaysia.

Jadual Liga M memenatkan?

SAINGAN Liga Malaysia (Liga M) 2009 secara rasmi membuka tirainya pada 3 Januari lalu dengan tujuh perlawanan kempen Liga Super berlangsung serentak membabitkan 14 pasukan. Ia disusuli perlawanan sulung Liga Perdana pada 9 Januari yang juga disertai 14 pasukan bagi musim ini.

Namun ketika Liga Super baru mengharungi empat perlawanan dan Liga Perdana baru saja bermula dua perlawanan, Liga M 2009 terpaksa direhatkan untuk tempoh lebih dua minggu. Ia bagi memberi laluan kepada aksi sulung kelayakan Piala Asia 2011 di mana Malaysia bertemu Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada 21 Januari.

Pada awalnya, Liga M sudah kembali disambung tiga hari kemudian bagi memastikan kehangatannya berterusan tetapi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memilih untuk 'menyejukkan' saingan. Perlawanan berikutnya hanya diadakan seminggu selepas itu iaitu pada 31 Januari untuk aksi pusingan pertama Piala FA dan saingan Liga Super hanya disambung pada 10 Februari manakala Liga Perdana pada 9 Februari.

Jelas sekali 'rehat' tanpa sebab itu telah menyumbang kepada dua perkara.
JADUAL perlawanan yang agak padat secara tidak langsung mengakibatkan pemain terdedah kepada masalah kecederaan. - Gambar hiasan


Pertama, kehadiran penonton di stadium kembali berkurangan, sedangkan pada awal saingan, stadium sudah mula dipenuhi penonton.

Kedua, disebabkan rehat yang agak panjang, ia menyebabkan berlakunya jadual padat sepanjang bulan Februari.

Rata-rata pasukan yang hanya beraksi antara dua hingga empat perlawanan sepanjang Januari lalu tiba-tiba terpaksa mengharungi sehingga 10 perlawanan sepanjang tempoh sebulan pada Februari. Ini bermakna, mereka terpaksa beraksi dengan purata satu perlawanan setiap tiga hari secara berterusan untuk 10 perlawanan dalam tempoh selama sebulan.

Sesuatu yang tidak boleh diterima akal kerana sudah pasti ia akan mengakibatkan para pemain terdedah kepada kecederaan, sukar untuk melakukan proses pemulihan segera selepas perlawanan seterusnya mendorong kepada aksi kurang bermaya di atas padang.

Lapan pasukan yang layak ke suku akhir Piala FA iaitu Kelantan, UPB-MyTeam, Negeri Sembilan, T-Team, Perlis, Harimau Muda, Selangor dan Perak merupakan antara contoh terbaik pasukan-pasu- kan yang paling dibebani dengan jadual perlawanan yang ketat itu.

Lima pasukan dari Liga Super iaitu Kelantan, UPB-MyTeam, Negeri Sembilan, Perlis dan Perak akan melengkapkan aksi ke-10 mereka Sabtu ini selepas beraksi tanpa henti sejak 31 Januari lalu.

Ia melengkapkan tempoh 35 hari yang dipenuhi mereka dengan empat perlawanan Liga Super dan enam perlawanan Piala FA (pusingan pertama, kedua dan suku akhir).

Harimau Muda pula telah beraksi 10 perlawanan tanpa henti bermula perlawanan pusingan pertama Piala FA bertemu KL Plus pada 24 Januari sebelum mereka menghadapi dua perlawanan pada kejohanan jemputan di Hong Kong pada 30 Januari dan 1 Februari.

Kemudian mereka kembali ke tanah air untuk menempuh baki tujuh perlawanan untuk Liga Perdana dan Piala FA.

Dua lagi pasukan suku akhir Piala FA, T-Team dan Selangor pula hanya mengharungi lapan perlawanan tanpa henti dalam tempoh sebulan itu kerana T-Team beraksi di Liga Perdana manakala Selangor mendapat bye untuk pusingan pertama Piala FA.

Jadual padat tidak menjejaskan aksi pasukan? Sudah pasti ia sedikit sebanyak menjejaskan pasukan.

Ambil satu contoh iaitu pasukan pilihan musim ini, Kelantan.

Bermula 31 Januari lalu, Kelantan cemerlang membelasah Johor 4-0 di Kota Bharu untuk perlawanan pusingan pertama Piala FA tetapi tiga hari kemudian mereka tumpas 0-3 di Larkin, mujur melangkah juga ke pusingan kedua menerusi agregat 4-3.

Pada 10 Februari, Kelantan bertandang pula ke Ipoh, menang tipis 3-2 ke atas Perak dan empat hari kemudian mereka beraksi di Kota Bharu, menang tipis 3-2 ke atas Terengganu.

Hanya tiga hari selepas itu mereka ke Kuantan pula, mujur menentang pasukan mudah, Pahang dan Kelantan berjaya mencatat kemenangan besar 5-1.

Nasib mereka agak baik bertemu PDRM pada pusingan kedua Piala FA, sekali gus menang 5-1 di Kota Bharu dan menang 3-1 di Selayang tiga hari kemudian.

Tujuh perlawanan diharungi, Kelantan akhirnya 'habis bateri' apabila tewas 0-3 kepada Selangor pada 28 Februari dan tiga hari kemudian sekadar seri 1-1 dengan UPB-MyTeam pada suku akhir pertama Piala FA di Kelana Jaya.

KEBANYAKAN pasukan terpaksa mengharungi sehingga 10 perlawanan sepanjang Februari lalu. - Gambar hiasan

Namun selepas perlawanan suku akhir kedua Piala FA, Sabtu ini (7 Mac), pasukan-pasukan ini pasti dapat menarik nafas semula apabila perlawanan berikutnya yang perlu diharungi mereka ialah pada 21 Mac untuk Liga Super tetapi bagi Liga Perdana, perlawanan seterusnya bermula 13 Mac ini.

Bulan Mac mungkin agak melegakan sedikit kerana hanya dua hari perlawanan Liga Super dan tiga hari perlawanan Liga Perdana dilangsungkan untuk memberi peluang kepada Kedah dan Johor FC menghadapi dua perlawanan Piala AFC pada 10 dan 17 Mac ini.

Bulan April juga agak lapang apabila hanya ada tiga hari perlawanan Liga Super dan dua hari perlawanan Liga Perdana di samping tiga hari perlawanan Piala FA (separuh akhir dan akhir) dan dua hari perlawanan Piala AFC membabitkan Kedah dan Johor FC.

Dua bulan itu yang boleh disifatkan tanpa jadual padat, Liga M kembali menekan para pemainnya sepanjang bulan Mei dan juga dari pertengahan Jun hingga hujung Julai.

Bulan Mei, terdapat tujuh perlawanan Liga Super dan enam perlawanan Liga Perdana yang perlu ditempuh semua pasukan dan ia tidak termasuk dua perlawanan tambahan perlu diharungi Johor FC dan Kedah pada Piala AFC.

Liga M berehat seketika pada penghujung Mei hingga pertengahan Jun bagi memberi laluan kepada skuad bawah 23 tahun kebangsaan menyertai Piala Antara Benua yang diadakan di negara ini.

Bermula pertengahan Jun hingga hujung Julai, terdapat sembilan perlawanan Liga Super dalam tempoh 28 hari manakala Liga Perdana mempunyai baki 11 perlawanan dalam tempoh 35 hari.

Ternyata ia suatu penamat yang cukup memenatkan buat semua pasukan Liga Super dan Liga Perdana akibat ketidakseimbangan jadual yang dibuat oleh FAM.

Pada awal saingan, mereka seolah-olah melengahkan aksi dengan mengadakan kurang perlawanan (Januari), kemudian mula kelam-kabut menyumbat banyak perlawanan (Februari) sebelum memilih untuk kembali lega pada bulan Mac dan April.

Saingan kembali padat sepanjang bulan Mei dan berehat seketika untuk Piala Antara Benua sebelum kembali padat dari pertengahan Jun hingga hujung Julai.

Pestabola Merdeka akan diadakan pada Ogos manakala Piala Malaysia hanya akan dilangsungkan selepas Hari Raya Aidilfitri iaitu pada bulan Oktober sebelum Liga M musim 2009 melabuhkan tirainya pada awal November depan.

Sesungguhkan, Liga M musim ini sesuatu yang sungguh memenatkan, bukan saja kepada pemain atau pasukan tetapi juga kepada para peminat.

Ia berpunca daripada jadual yang tidak seimbang disediakan oleh FAM sendiri. Jadi, FAM fikirlah sendiri apa kesannya kepada sambutan dan perjalanan Liga M sepanjang musim ini.

Sumber:Kosmo

Saturday, February 28, 2009

Keputusan Penuh Liga Super - 28 Feb 2009

Keputusan Penuh Perlawanan

Pulau Pinang 2 - 2 Pahang

Kedah 3 - 0 Terengganu

Negeri Sembilan 4 - 1 PDRM

Perlis 2 - 0 UPB MyTeam

Selangor 3 - 0 Kelantan

Perak 2 - 0 KL Plus

Johor FC 0 - 1 KM Naza

Hebat betul perlawanan antara 2 red ni. Sememangnya benteng pertahanan Selangor amat kebal berbanding pasukan Kelantan. Ini dibuktikan dengan jumlah gol yang berjaya dibolosi oleh pihak lawan. Kerapuhan barisan pertahanan Kelantan memang agak ketara walaupun mempunyai jentera serangan yang kuat. Memang betul-betul buku bertemu ruas. Sebaik sahaja tamat perlawanan antara Selangor dan Kelantan, hujan lebat mula turun di sekitar Kota Bharu. Ohh...shahdu habis. Kalah dengan pasukan terbaik memang aku tak kisah sebab dah berjuang sehabis baik. Jangan diisytiharkan kalah sebelum berjuang seperti kes Kelantan dan KL Plus. FAM bila lagi nak buat keputusan? Buat keputusan biarlah relevan, barulah peminat bola sepak puas hati. Tiba-tiba lepaskan geram kat FAM pula. Hehehe

Liga Super: Menjelang Pertemuan Sel Vs Kel Malam Ini (28 Feb 2009)

PERTEMBUNGAN antara Selangor dan Kelantan malam ini mempunyai signifikannya tersendiri kerana mempertemukan dua pasukan tangga teratas Liga Super. Gergasi Lembah Klang itu akan berdepan sang Kijang yang merupakan pendatang baru dalam saingan Liga Super, liga paling kompetitif di negara ini.

Kehebatan pasukan Kelantan mula terbit sejak musim lepas lagi apabila 'ayam import' mereka yang diketuai oleh Mouhamadou Moustapha berjaya menarik penyokong ke stadium. Momentum tersebut nampaknya diteruskan oleh pemain tempatan dan ia semakin pantas bergerak walaupun tanpa kehadiran pemain luar.

Tidak dapat dinafikan, bola sepak di Kelantan bagaikan disuntik nafas baru dan menjadi suatu fenomena yang sangat luar biasa apabila masyarakat tempatan mula bercerita tentang kehebatan pasukan bola sepak kesayangan mereka.

Selepas berjaya melangkah ke saingan suku akhir Piala FA dengan agregat 8-2 ke atas PDRM, sang Kijang dilihat semakin optimis dan mula berkira-kira untuk membawa pulang beberapa piala ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Berdepan Selangor, Kelantan sedar tugas mereka bukan mudah kerana lawan yang dihadapi merupakan pasukan yang jauh berpengalaman dan sudah beberapa kali memahat nama pada beberapa kejohanan bola sepak berprestij tanah air.

Selangor pula yang sudah dua kali tewas pastinya tidak akan mudah mengaku kalah di hadapan penyokong sendiri, manakala bagi Kelantan, kejayaan menewaskan Selangor bermakna mereka mendapat kemenangan moral.

Jurulatih Kelantan, Peter James Butler pastinya menyenaraikan pasukan terkuatnya ketika berkunjung ke Shah Alam malam ini dan beliau sememangnya dikenali sebagai jurulatih yang penuh dengan taktikal dan mampu mengubah rentak permainan dalam tempoh yang singkat.

Kelekaan dan perasaan terlalu yakin di kalangan pemain sering kali menjerat langkah sang Kijang dan ini adalah 'racun' yang perlu diberikan penawar segera oleh jurulatih dari England itu.

Bagi penyerang prolifik Kelantan, Khalid Jamlus, berdepan Selangor merupakan detik terbaik untuk membuktikan dia bukan calang-calang penyerang dan masih berbisa. Empat gol dalam dua perlawanan ketika menentang Pahang dan PDRM sebelum ini merupakan isyarat Khalid kepada peminat bola sepak tanah air tentang kebangkitannya sebagai penyerang digeruni.

Ketenangan ketika berada di dalam kotak penalti selain rembatan 'maut' yang dimilikinya amat diperlukan untuk merobek gawang Selangor yang dikawal oleh penjaga gol berpengalaman, Hamsani Ahmad.

Kelibat Norfarhan Mohamad tidak kurang pentingnya untuk menghadirkan igauan buruk buat pertahanan Selangor yang diketuai oleh Khairul Anuar Baharom. Selain itu, kepantasan dan kelincahan sayap Kelantan, Zamri Ramli dan Indra Putra Mahayuddin cukup untuk membantu jentera penggempur Kelantan mengaibkan Selangor di tempat sendiri.

Bagaimanapun, penekanan juga harus diberikan kepada kombinasi jentera tengah Kelantan apabila aksi 'jeneral padang' Kelantan, Badri Radzi dilihat sedikit menurun. Badri kehilangan rakannya, Khairan Eroza Razali akibat kecederaan dan dua pemain yang dicuba digandingkan bersamanya sebelum ini iaitu Nafuzi Zain dan Wan Zaman Wan Mustapa belum menemui rentak. Dia yang turut bertindak sebagai ketua pasukan, perlu mengembalikan sentuhan berbisanya selaku perancang selain seorang lagi pemain tengah yang bakal diturunkan, perlu pantas menyesuaikan diri bersama Badri untuk merencanakan permainan.

Dalam pada itu, benteng pertahanan Kelantan yang dilihat kurang mantap juga perlu segera mencari ramuan untuk mengekang asakan Selangor. Masalah komunikasi di barisan pertahanan yang diketuai Ahmad Azlan Zainal perlu diselesaikan dan menentang Selangor adalah peluang terbaik untuk buktikan mereka tidak mudah ditembusi.

Sementara itu, pemilihan Halim Napi untuk mengisi posisi penjaga gawang ketiga Kelantan, banyak menerima kritikan serta diragui. Namun, bagi Halim ini adalah peluang terakhir untuk dia menabur bakti di negeri kelahirannya sebelum menggantung but. Prestasinya yang menakjubkan kebelakangan ini menyebabkan penjaga gol utama Kelantan sebelum ini, Shahrizan Ismail banyak memanaskan bangku simpanan.

Bagaimanapun, Halim pastinya menjadi individu paling sibuk ketika menentang Selangor nanti apabila terpaksa berdepan penggempur kebangsaan, Safee Sali. Dia yang kemarau gol sejak beberapa perlawanan lalu pastinya mahu menjadikan pertemuan menentang Kelantan peluang untuk melepaskan badi tersebut. Selangor yang memiliki beberapa lagi pemain bintang seperti Hardi Jaafar, Amri Yahyah dan Amirul Hadi Zainal, pastinya memberi cabaran hebat kepada anak buah Peter James Butler.-Kosmo


Selangor idam robek Kelantan

Jurulatih Selangor, K. Devan (gambar) mempunyai formula rahsia untuk merobek rekod bersih Kelantan di bawah bimbingan Peter Butler apabila dua pasukan teratas Liga Super itu berentap di Stadium Shah Alam, malam ini.

Menurut Devan, berdasarkan pengamatannya, Kelantan yang hanya 'dilabel sebagai kalah' selepas dihukum oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam perlawanan pertama musim ini, gah dengan enam kemenangan setakat ini kerana tidak pernah berdepan pasukan terkuat liga.

''Saya akui Kelantan sebuah pasukan yang bagus kerana memiliki barisan penyerang yang mempunyai penyudah tajam.

''Mereka banyak menjaringkan gol, namun dalam masa yang sama juga kerap bolos.

''Kelantan menang semua perlawanan liga setakat ini kerana berdepan pasukan yang boleh dikatakan pasukan sederhana sahaja, bukan pasukan terkuat liga seperti Kedah atau KL PLUS.

''Saya melihat formula kejayaan jurulatihnya, Butler adalah disebabkan ketajaman barisan serangannya.

''Untuk itu, saya sudah bersedia untuk menyekat Kelantan esok. Namun pertembungan esok satu perlawanan yang sukar buat kami.

''Pertembungan esok (hari ini) penting untuk membuktikan Selangor masih memiliki kualiti sebuah pasukan juara, juga untuk memberi keyakinan semula kepada penyokong kami,'' katanya ketika dihubungi semalam.

Kelantan kini menerajui Liga Super dengan mengumpul 18 mata, Selangor kedua dengan 15 mata, berkongsi mata dengan Perlis di tangga ketiga.

Sementara itu, Butler berkata, dia turut menjangkakan pertembungan menarik di Stadium Shah Alam hari ini dan para pemain diarah supaya beraksi seperti biasa. Jelasnya, kehadiran penyokong kedua-dua pasukan yang dijangka akan menawan Stadium Shah Alam, akan menghangatkan lagi perlawanan.

''Memang perlawanan esok diramal menarik, namun saya tidak akan membuat banyak perubahan dalam skuad ini.

''Kami akan beraksi seperti biasa dengan sasaran untuk meneruskan rentak kemenangan.

''Kemenangan ke atas pasukan handal seperti Selangor akan menambahkan lagi semangat kepada para pemain untuk kami lebih yakin mengharungi cabaran hingga ke hujung musim,'' katanya.-Utusan Malaysia

Friday, February 27, 2009

Liga Super: Menjelang Pertemuan Selangor Vs Kelantan Esok (28 Feb 2009)

Mahu buang badi di Shah Alam

KELANTAN mahu menamatkan badi kekalahan kepada Selangor sejak 30 tahun lalu apabila beraksi di gelanggang lawan malam esok.

Begitulah azam skuad Kelantan yang mendapat jolokan baru, Wira Merah menjelang perlawanan menentang Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, Kelantan mampu melakukan kejutan dengan menewaskan Selangor berdasarkan prestasi membanggakan yang ditunjukkan pada masa ini.

"Saya akui rekod Kelantan di gelanggang lawan sebelum ini buruk tetapi pada musim ini skuad yang ada merupakan yang terbaik dan tidak boleh dipandang rendah lagi berbanding musim-musim lalu.

"Bukan sesuatu yang mustahil Kelantan dapat menamatkan badi kekalahan ke atas Selangor apabila beraksi di Stadium Shah Alam, Sabtu ini (esok)," katanya di Kota Bharu semalam.

Selain itu Annuar berkata, kemenangan ke atas Selangor dalam perlawanan itu juga penting bagi mengukuhkan kedudukan Kelantan sebagai pendahulu Liga Super.

Bagaimanapun jelasnya, barisan Kelantan tetap menghormati Selangor yang menampilkan adunan pemain berpengalaman serta baru yang hebat.

"Pemain telah berjanji akan mempamerkan persembahan terbaik bagi menjamin mereka dapat mengutip tiga mata penuh di gelanggang lawan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Annuar berkata, Kafa masih menunggu keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung rayuan pembatalan perlawanan Liga Super yang membabitkan Kelantan menentang KL Plus di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, 3 Januari lalu.

FAM memberi kemenangan 3-0 dan tiga mata percuma buat KL Plus setelah Kelantan dipersalahkan kerana gagal menyediakan venue perlawanan yang baik.

Ia disebabkan keadaan padang yang becak dan teruk serta ditakungi air ekoran hujan lebat beberapa jam sebelum perlawanan.

"Dalam hal ini, kita bersabar menunggu keputusan itu kerana kita ada asas yang kukuh. Kita yakin pasukan kita akan diberi peluang bermain semula dengan KL Plus," katanya.-Kosmo


Kelantan tak gentar gema Shah Alam

PEMAIN Kelantan Mohd Khalid Jamlus (kiri) bakal mengkucar-kacirkan benteng Selangor dalam perlawanan Liga Super di Shah Alam, malam esok.

Anggap 'ibu segala perlawanan'

KELANTAN bakal berkunjung ke Stadium Shah Alam, Sabtu ini, berbekalkan tekad untuk menjarakkan kedudukan selaku pendahulu Liga Super kepada enam mata ke atas Selangor, sambil menamatkan kemarau kemenangan skuad itu di gelanggang keramat Merah Kuning sejak 30 tahun lalu.

Pertentangan dua pasukan berprofil tinggi yang diberi jolokan garang, Red Warriors (Kelantan) dan Red Giants (Selangor) itu boleh dianggap sebagai `ibu segala perlawanan' dengan sebarang keputusan akan menggambarkan pasukan mana bakal dilabel selaku pilihan bergelar juara Liga Super edisi keenam.

Sehubungan itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa (gambar), menuntut anak didik skuad kendalian Peter Butler itu tampil dengan aksi lebih bertenaga dalam usaha melakar sejarah buat julung kalinya menewaskan Selangor di gelanggang lawan sejak tiga dekad lalu.

"Setahu saya, Kelantan sudah 30 tahun tidak pernah menang di Selangor, tetapi itu kisah lama. Sekarang situasi berlainan di mana Kelantan kini adalah pendahulu Liga Super dan saya yakin pemain tahu apa yang perlu dilakukan untuk memastikan tiga mata.

"Walaupun ia cuma satu perlawanan daripada musim yang masih panjang, ini adalah pertemuan dua pasukan teratas. Jadi, saya mahu pemain turun dengan satu matlamat iaitu mencatat kemenangan kerana mereka juga berpeluang mencipta sejarah bola sepak Kelantan," kata Annuar.

Annuar berkata, dalam pertemuannya dengan pemain selepas mereka menewaskan Polis dalam aksi Piala FA Selasa lalu, semua pemain berjanji menampilkan aksi terbaik untuk pasukan sesuai dengan status Kelantan yang kini bergelar pendahulu liga.

"Berdasarkan perbincangan dengan jurulatih (Butler), saya diberitahu kebanyakan pemain masih belum mencapai kemuncak dan saya harap pemain akan mempamerkan prestasi sebenar dalam perlawanan Sabtu ini," katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui Selangor bukan calang-calang pasukan apa lagi juara Piala Malaysia 30 kali itu sudah pasti mahu melakukan kebangkitan segera selepas tewas kepada MyTeam dalam aksi sebelum ini sehingga melepaskan takhta liga kepada Kelantan.

Annuar menjangkakan kedua-dua pasukan bakal menyajikan aksi berkualiti kerana masing-masing memerlukan kemenangan dengan pasukan yang bijak menyempurnakan peluang serta kurang melakukan kesilapan bakal pulang dengan kemenangan.

"Selain itu, sokongan padu penyokong turut memainkan peranan untuk menaikkan semangat pemain. Setakat ini, 12 bas sudah mengesahkan membawa penyokong Kelantan ke Shah Alam dan jumlah itu dijangka bertambah menjelang hari perlawanan.

"Saya harap penyokong Kelantan di Lembah Klang dapat beramai-ramai ke stadium bagi mengimbangi sokongan yang diterima Selangor, sekali gus memastikan pemain tidak kekok berdepan sorakan bergemuruh penyokong tuan rumah," katanya.-Berita Harian


Kelantan berdepan saingan sebenar

Setelah mengharungi tujuh perlawanan, Kelantan yang menunjukkan ia semakin sukar digugat, bakal berdepan dengan saingan sebenar, gergasi merah, Selangor, esok.

Kelantan yang melangkah ke Liga Super musim ini dengan penuh yakin mahu membuktikan ia tidak akan berterusan menjadi budak belasahan berdepan dengan pasukan Merah Kuning itu.

Ia mahu menamat badi kekalahan ke atas pasukan Selangor apabila beraksi di gelanggang lawan itu sejak 30 tahun lalu dan melebarkan kedudukannya di tangga teratas daripada digapai lawan.

Skuad Kelantan yang cuba diberi jolokan baru, 'Wira Merah' menjelang perlawanan menentang Selangor, esok sudah dipersiapkan dengan perancangan rapi termasuk dari segi pertarungan mental.

Malah, lebih 5,000 penyokong akan berarak ke Stadium Shah Alam termasuk menggunakan 20 buah bas untuk mengiringi perjuangan skuad Kijang.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, Kelantan mampu melakukan kejutan menewaskan pasukan Selangor berdasarkan prestasi membuak yang ditunjukkan kesebelasan pemain Kelantan pada masa ini.

Beliau akui rekod Kelantan di gelanggang lawan sebelum ini buruk tetapi skuad Kelantan pada musim ini merupakan yang terbaik dan tidak boleh diperlekehkan lagi.

''Bukan sesuatu yang mustahil Kelantan berjaya menamatkan badi kekalahan ke atas Selangor apabila beraksi di Stadium Shah Alam, Sabtu ini (esok)," katanya di Kota Bharu semalam.

Selain itu, Anuar berkata, kemenangan ke atas Selangor dalam perlawanan itu juga penting bagi mengukuhkan kedudukan Kelantan sebagai pendahulu Liga Super setakat ini dan juga melonjkkan moral pemain.

Bagi Annuar sekiranya Selangor dapat ditewaskan dengan bergaya, anak buahnya di bawah kendalian Peter Butler mampu menumpaskan pasukan mana sekalipun.

Bagaimanapun jelasnya, barisan pemain Kelantan tetap menghormati Selangor yang mempunyai barisan pemain muda yang hebat dan pasukan itu juga didapati ingin merampas semula sebagai pendahulu Liga Super .

''Pemain-pemain Kelantan telah berjanji akan mempamerkan persembahan yang terbaik bagi menjamin mereka dapat mengutip tiga mata penuh di gelanggang lawan," ujarnya.-Utusan Malaysia


Kijang tekad tamat badi

SKUAD Kijang yang kini dikenali sebagai The Red Warrior berazam menamatkan badi tidak pernah menang ketika menentang Selangor setiap kali bertandang ke gelanggang lawan, sejak 30 tahun lalu.

Perkara itu mahu dilakukan ketika Kelantan menentang Selangor dalam perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, esok.

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa berkata kemenangan ke atas Selangor di tempat lawan, menjadi misi penting dalam menyuntik semangat pasukannya yang tidak pernah menang dalam setiap pertemuan antara kedua-dua pasukan di gelanggang lawan.

“Hasrat yang terpendam sejak sekian lama ini tidak sukar dicapai berikutan aku janji pemain yang mahu turun berhabis-habisan bagi memastikan kemenangan.

“Pertemuan kali ini sangat penting. Kita tahu, kita masuk ke tempat dia, kita punya rekod yang tak baik sebelum ini, tapi itu Kelantan dulu, kita kini dikenali dengan gelaran ‘The Red Warrior’.

“Kita fikir bagus bertandang ke Selangor dulu, lepas itu baru layan mereka di tempat kita. Tahun lalu kita pernah tewaskan Selangor di Kelantan, tapi sekali lagi kita tewas di Selangor kemudiannya,” katanya.

Kelantan kini mengungguli takhta Liga Super. Mereka juga berjaya melangkah ke suku akhir Piala FA dengan jumlah jaringan terbanyak.-Harian Metro

Tuesday, February 17, 2009

Keputusan Penuh Liga Super - 17 Feb 2009

Keputusan Penuh Perlawanan

Pahang 1 - 5 Kelantan

Negeri Sembilan 0 - 0 KL Plus

Perak 0 - 1 Terengganu

Pulau Pinang 3 - 1 PDRM

Johor FC 1 - 2 Perlis

Kedah 2 - 1 KM Naza

Selangor 0 - 1 UPB MyTeam

Liga Super: Menjelang Pertemuan Pahang Vs Kelantan

Kijang tekad ratah Tok Gajah

SELEPAS berjaya dengan misi menebus maruah ke atas Terengganu Sabtu lalu, Kelantan kini memberi fokus untuk merealisasikan impian baru dalam saingan Liga Super, lapor KHAIRI MOHAMAD.

Malam ini, Kelantan akan berhadapan Pahang di Kuantan dan impian mereka adalah untuk membawa pulang tiga mata penuh. Skuad yang mendapat jolokan Kijang itu mahu membuktikan bahawa mereka bukan sekadar jaguh di ‘kandang’ sendiri.

Ketua pasukan, Badri Radzi mengakui tugas tersebut bukan mudah namun semangat yang ditunjukkan oleh rakan sepasukan bakal menjadikan misi baru mereka itu bukan suatu yang mustahil. Menurutnya, lima kemenangan berturut-turut dalam lima perlawanan sudah cukup untuk menyemarakkan semangat semua pemain yang bakal diturunkan malam ini.

“Sasaran kami ialah untuk menjaringkan gol awal selain sentiasa berusaha untuk mengatasi kelemahan yang ada.

“Barisan pertahan agak goyah dengan ketiadaan Farisham (Ismail) namun, kehadiran Ahmad Azlan (Zainal) mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, Farisham yang masih dilanda kecederaan dan hanya akan turun beraksi dalam tempoh sebulan lagi menyebabkan pertahanan Kelantan sedikit longgar. Jelasnya, ayam tambatan sang Kijang, Khalid Jamlus dan Norfarhan Mohamad juga semakin serasi dan mereka akan terus diberi kepercayaan untuk menggempur gawang lawan.

“Bagaimanapun, kami tidak mahu terlalu yakin kerana berdasarkan pengalaman, perasaan tersebut boleh memakan diri sendiri.

Katanya, jurulatih, Peter James Butler akan menggunakan taktik yang sama iaitu taktik gempur serta kepantasan untuk memerangkap lawan.-Kosmo


Kebangkitan Kelantan bimbangkan Selangor

Kelantan membuktikan status antara pasukan terbaik Liga Super apabila menjadi pencabar terkuat ke atas pendahulu, Selangor selepas enam perlawanan. Jika tidak kerana kemenangan percuma yang diberikan kepada KL PLUS dalam perlawanan pembuka tirai awal bulan lalu, Kelantan sepatutnya menjadi peneraju liga ketika ini.

Itupun jika diandaikan pasukan itu sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri jika perlawanan dengan KL PLUS tetap dilangsungkan. Dipisah menerusi perbezaan gol dengan Selangor, Kelantan membuktikan pasukan itu tidak berputus asa akibat 'dihukum' oleh Persatuan Bola Sepak (FAM).

Kelantan berpeluang meneruskan tekanan ke atas Selangor apabila berdepan Pahang di Stadium Darulmakmur, Kuantan hari ini. Namun, sekalipun kedua-dua pasukan teratas liga itu menang, Kelantan tidak mampu memintas Selangor kerana perbezaan jaringan yang besar.

Keunggulan Kelantan ketika ini diakui oleh jurulatih Selangor, K. Devan yang menyifatkan Kelantan antara skuad terbaik dalam liga. Namun, Devan tidak memikirkan kebangkitan skuad pantai Timur itu sebaliknya berazam untuk mengekalkan teraju pendahulu apabila berdepan My-Team di Stadium Shah Alam.

''Fokus kami ialah untuk mengutip tiga mata penuh, aksi di tempat sendiri memberi kelebihan kepada kami.

''Saya mengingatkan para pemain supaya tidak sesekali memandang rendah kemampuan lawan, sebaliknya menghormati mereka,'' katanya ketika dihubungi semalam.

Tambah Devan, perlawanan dengan Kelantan Sabtu depan di Shah Alam akan menjadi perlawanan penting untuk Selangor.

''Kelantan sukar ditewaskan di tempat sendiri, namun apabila mereka bermain di padang lawan, mungkin situasinya berlainan,'' katanya.-Utusan


Kelantan ghairah mahu benam Pahang

JURULATIH Kelantan, Peter Butler memberi amaran betapa anak buahnya kini bersedia membenam bekas juara, Pahang, dalam saingan Liga Super di gelanggang lawan malam ini - sekali gus membolehkan pasukan bergelar 'The Red Warriors' itu, merakamkan rekod enam kemenangan berturut-turut.

Sungguhpun menyedari Kelantan berkemampuan merampas carta liga andai pendahulu ketika ini, Selangor keciciran mata, Butler tidak mahu ia mengganggu gugat tumpuan pemain ketika berdepan Pahang di Stadium Darulmakmur yang mengecapi kemenangan besar ke atas Polis, Sabtu lalu.

“Kami menghormati Pahang sebagai antara pasukan ternama. Namun, saya yakin kami mampu membawa pulang tiga mata,” kata Butler di Kota Bharu, semalam.

Bekas pemain West Ham United dalam Liga Inggeris itu, menegaskan barisan pemainnya mempunyai karektor tersendiri dalam menangani situasi tertekan seperti dibuktikan ketika mereka bangkit dari ketinggalan sebelum menewaskan Terengganu di laman sendiri, Sabtu lalu.

“Sekali lagi pemain saya menyerlahkan karektor tersendiri untuk bangkit dari ketinggalan sebelum mencatat kemenangan. Walaupun lawan mendahului, pemain Kelantan tidak patah semangat untuk mencuba habis-habisan hingga minit terakhir bagi meraih tiga mata.

Sementara itu, jurulatih Pahang, Tajuddin Nor berkata, persembahan mantap ketika menewaskan Polis 4-1, Sabtu lalu akan menjadi penentu kejayaan pasukan ke atas Kelantan yang dianggap barisan liat ketika ini.

“Saya ingatkan pemain lebih berwaspada dan tidak mengikut rentak lawan jika mahu meraih mata kerana lawan pasti mahu berusaha membawa pulang tiga mata berharga,” katanya.-Berita Harian

Senarai Penjaring Liga Super 2009

Senarai penjaring Liga Super 2009 Selepas 10 Perlawanan

7 Gol
Mohd. Nizaruddin Yusof (Perlis)
Azlan Ismail (Terengganu)
Razali Umar Kandasamy (Perak)

6 Gol
Indraputra Mahayuddin (Kelantan)
Norshahrul Idlan Talaha (MyTeam)
Zaquan Adha (Negeri Sembilan)

5 Gol

Mohd Badhri Radzi (Kelantan)
Amri Yahyah (Selangor)

4 Gol
Khalid Jamlus (Kelantan)
Md Nor Farhan (Kelantan)
Zulhissyam Jamaluddin (Kuala Muda NAZA)
Shahurain Abu Samah (Negeri Sembilan)
Badrol Baktiar (Kedah)
Faizal Abu Bakar (Kedah)

3 Gol
Ramzul Zahini (Kelantan)
Safee Sali (Selangor)
Amirulhadi Zainal (Selangor)
D. Surendran (Selangor)
Bobby Gonzales (KL Plus)
Khyril Muhymeen (Kedah)
Mohd Irme Mat (Pulau Pinang)
Fazrul Hazli (MyTeam)
Azamuddin Md Akil (Pahang)

2 Gol
Mohd Riduan Ma’on (Johor FC)
Mohd Hamzani Omar (Johor FC)
Md Ezaidy Md Khadar (Johor FC)
Abdul Manaf Mamat (Terengganu)
Zairo Anuar Zailani (Terengganu)
Ashaari Shamsuddin (Terengganu)
Fadly Baharom (Kedah)
Nasriq Baharom (Selangor)
R. Surendren (Selangor)
Anuar Jusoh (Kuala Muda NAZA)
K. Rajan (Kuala Muda NAZA)
Shahrizal Saad (Perak)
Mohd. Shahrizan Salleh (Pahang)
Hasmizan Kamarodin (Pahang)
Muhd Badrul Hisani Abd (Pahang)
R Kartigesu (Pahang)
Ahmad Fakri Sharaani (Perlis)
Mohd Rafiuddin Nordin (Pulau Pinang)
Mohd. Idzwan Salim (Pulau Pinang)
Mohd. Nor Azlan (Pulau Pinang)
Mohd. Failee Mohd. Ghazali (Pulau Pinang)
Shukor Adan (Negeri Sembilan)

1 Gol
Rizal Fahmi (Kelantan)
Zainol Fitri Ishak (Kelantan)
Zamir Zainun (Selangor)
Fadzilin Khalid (Selangor)
Rudie Ramli (Selangor)
Azrul Hafiq Amran (Selangor)
Amar Rohidan (Perlis)
Ridzuan Othman (Perlis)
Chan Wing Hoong (Perlis)
Danial Fazly (Perlis)
Mohd. Firdaus Faudzi (Perlis)
M. Sivakumar (Johor FC)
Mohd Nurul Azwan Roya (Johor FC)
Eddy Helmi Manan (Johor FC)
Mohd. Syaifol Sabtu (Johor FC)
Azizan Baba (Johor FC)
Idris Karim (Negeri Sembilan)
K. Thanaraj (Negeri Sembilan)
Abdul Rahman Zabur (Negeri Sembilan)
Aidil Zafuan (Negeri Sembilan)
S. Kunalan (Negeri Sembilan)
Rezal Zambery Yahya (Negeri Sembilan)
Mohd Asyraf Al Jappri (Negeri Sembilan)
Wan Hossen (Perak)
Saufi Sa’aidi (Perak)
Mohd Fadli Saari (KL Plus)
Mohd Lot Abu Hassan (KL Plus)
Nor Adli Mohd. Fauzi (KL Plus)
Norhafiz Zamani (KL Plus)
Liew Kit Kong (Kuala Muda NAZA)
Akmal Rizal (Kuala Muda NAZA)
Mohd Hafizulldin (Pahang)
G. Ramachandran (Pahang)
Razlan Otto (Pahang)
R Surendran (Pahang)
V. Jaganathan (Pulau Pinang)
S Veenod (Pulau Pinang)
M. Prakash (Pulau Pinang)
Khairul Zal Azmi (PDRM)
Fauzi Abdul Majid (PDRM)
Silvester Sindih (PDRM)
Eddy Gapil (PDRM)
Nazrin Nawi (MyTeam)
Zamri Chin (MyTeam)
Ismail Faruqi Ashaari (Terengganu)
Hariri Mohd. Safli (Terengganu)
Azrul Ahmad (Kedah)
Md Farizal Rozali (Kedah)

Gol Sendiri
Che Ku Ahmad Rusydi (Terengganu)
Victor Andrag (Kedah)
Rizal Nayan (PDRM)

Sunday, February 15, 2009

Keputusan Penuh Liga Super - 14 Feb 2009

Keputusan Penuh Perlawanan

Kelantan 3 - 2 Terengganu

Perlis 1 - 0 Negeri Sembilan

Johor FC 0 - 1 Perak

PDRM 1 - 4 Pahang

KL Plus 1 - 3 Selangor

KM Naza 3 - 1 Pulau Pinang

UPB MyTeam 0 - 1 Kedah

Saturday, February 14, 2009

Jadual Perlawanan Liga Super 2009 - 14 Feb 2009

Malam ini bakal berlangsung beberapa lagi perlawanan bola sepak Liga Super. Tentunya perlawanan ke-6 pada malam ini bakal merubah kedudukan carta terutamanya bagi 4 pasukan teratas yang masing-masing berkongsi 12 mata hasil dari 5 perlawanan. Berikut jadual perlawanan yang bakal berlangsung pada malam ini.

Johor FC lwn Perak
Perlis lwn N.Sembilan
KL Plus FC lwn Selangor
Perak UPB My Team lwn Kedah
Kedah Kuala Muda Naza FC lwn P.Pinang
PDRM lwn Pahang
Kelantan lwn Terengganu

Wednesday, February 11, 2009

Keputusan Penuh Liga Super 2009 - 10 Februari 2009

Keputusan Penuh Perlawanan

N.Sembilan 3 - 0 Johor FC

Pahang 1 - 2 Kedah Kuala Muda Naza FC

Perak 2 - 3 Kelantan


P.Pinang 2 - 3 Perak UPB My Team

Terengganu 1 - 0 PDRM

Kedah 2 - 0 KL Plus FC

Selangor 2 - 1 Perlis

Tuesday, February 10, 2009

Liga Super 2009 - Perak Vs Kelantan

Setelah berehat panjang untuk memberi laluan kepada perlawanan kelayakan Piala Asia 2011 di Kuala Lumpur baru-baru ini menentang UAE, kancah Liga Super membuka gelanggangnya pada malam ini dengan beberapa lagi perlawanan yang sedang berlangsung sekarang. Antaranya perlawanan antara pasukan Perak menentang Kelantan di Stadium Ipoh.

Walaubagaimanapun jurulatih Perak, M Karathu mempunyai misi berat pada malam ini menentang Kelantan ekoran beberapa tongak utama pasukan Perak terpaksa diketepikan. Antaranya S Subramaniam yang digantung akibat menerima layangan 'kad bonus' dan Mohd Fauzi Ariffin serta Benedict Martin yang masih bergelut dengan masalah kecederaan.

Kelantan juga tidak boleh mengambil mudah dengan perlawanan menentang Perak pada malam ini. Berbekalkan sokongan daripada penonton serta kesempatan bermain di laman sendiri, tidak mustahil Perak bakal bangkit pada malam ini.

Berikut adalah beberapa lagi perlawanan yang berlangsung pada malam ini.
Kedah Lwn KL Plus FC
Selangor Lwn Perlis
N.Sembilan Lwn Johor FC
Terengganu Lwn PDRM
Pahang Lwn Kedah Kuala Muda Naza FC
P.Pinang Lwn Perak UPB My Team
Perak Lwn Kelantan

Sunday, February 01, 2009

Jadual Perlawanan Liga Super 2009

Selasa, 28 April 2009

Kedah Lwn Pahang

Johor FC Lwn PDRM

Sabtu, 2 Mei 2009

Selangor Lwn Terengganu

Negeri Sembilan Lwn Kelantan

Perlis Lwn KM Naza

KL Plus Lwn UPB MyTeam

Perak Lwn Pulau Pinang
Kolum Encik KhaL © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates