SELEPAS berjaya dengan misi menebus maruah ke atas Terengganu Sabtu lalu, Kelantan kini memberi fokus untuk merealisasikan impian baru dalam saingan Liga Super, lapor KHAIRI MOHAMAD.
Malam ini, Kelantan akan berhadapan Pahang di Kuantan dan impian mereka adalah untuk membawa pulang tiga mata penuh. Skuad yang mendapat jolokan Kijang itu mahu membuktikan bahawa mereka bukan sekadar jaguh di ‘kandang’ sendiri.
Ketua pasukan, Badri Radzi mengakui tugas tersebut bukan mudah namun semangat yang ditunjukkan oleh rakan sepasukan bakal menjadikan misi baru mereka itu bukan suatu yang mustahil. Menurutnya, lima kemenangan berturut-turut dalam lima perlawanan sudah cukup untuk menyemarakkan semangat semua pemain yang bakal diturunkan malam ini.
“Sasaran kami ialah untuk menjaringkan gol awal selain sentiasa berusaha untuk mengatasi kelemahan yang ada.
“Barisan pertahan agak goyah dengan ketiadaan Farisham (Ismail) namun, kehadiran Ahmad Azlan (Zainal) mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan itu,” katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, Farisham yang masih dilanda kecederaan dan hanya akan turun beraksi dalam tempoh sebulan lagi menyebabkan pertahanan Kelantan sedikit longgar. Jelasnya, ayam tambatan sang Kijang, Khalid Jamlus dan Norfarhan Mohamad juga semakin serasi dan mereka akan terus diberi kepercayaan untuk menggempur gawang lawan.
“Bagaimanapun, kami tidak mahu terlalu yakin kerana berdasarkan pengalaman, perasaan tersebut boleh memakan diri sendiri.
Katanya, jurulatih, Peter James Butler akan menggunakan taktik yang sama iaitu taktik gempur serta kepantasan untuk memerangkap lawan.-Kosmo
Kebangkitan Kelantan bimbangkan Selangor
Kelantan membuktikan status antara pasukan terbaik Liga Super apabila menjadi pencabar terkuat ke atas pendahulu, Selangor selepas enam perlawanan. Jika tidak kerana kemenangan percuma yang diberikan kepada KL PLUS dalam perlawanan pembuka tirai awal bulan lalu, Kelantan sepatutnya menjadi peneraju liga ketika ini.
Itupun jika diandaikan pasukan itu sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri jika perlawanan dengan KL PLUS tetap dilangsungkan. Dipisah menerusi perbezaan gol dengan Selangor, Kelantan membuktikan pasukan itu tidak berputus asa akibat 'dihukum' oleh Persatuan Bola Sepak (FAM).
Kelantan berpeluang meneruskan tekanan ke atas Selangor apabila berdepan Pahang di Stadium Darulmakmur, Kuantan hari ini. Namun, sekalipun kedua-dua pasukan teratas liga itu menang, Kelantan tidak mampu memintas Selangor kerana perbezaan jaringan yang besar.
Keunggulan Kelantan ketika ini diakui oleh jurulatih Selangor, K. Devan yang menyifatkan Kelantan antara skuad terbaik dalam liga. Namun, Devan tidak memikirkan kebangkitan skuad pantai Timur itu sebaliknya berazam untuk mengekalkan teraju pendahulu apabila berdepan My-Team di Stadium Shah Alam.
''Fokus kami ialah untuk mengutip tiga mata penuh, aksi di tempat sendiri memberi kelebihan kepada kami.
''Saya mengingatkan para pemain supaya tidak sesekali memandang rendah kemampuan lawan, sebaliknya menghormati mereka,'' katanya ketika dihubungi semalam.
Tambah Devan, perlawanan dengan Kelantan Sabtu depan di Shah Alam akan menjadi perlawanan penting untuk Selangor.
''Kelantan sukar ditewaskan di tempat sendiri, namun apabila mereka bermain di padang lawan, mungkin situasinya berlainan,'' katanya.-Utusan

Kelantan ghairah mahu benam Pahang
JURULATIH Kelantan, Peter Butler memberi amaran betapa anak buahnya kini bersedia membenam bekas juara, Pahang, dalam saingan Liga Super di gelanggang lawan malam ini - sekali gus membolehkan pasukan bergelar 'The Red Warriors' itu, merakamkan rekod enam kemenangan berturut-turut.
Sungguhpun menyedari Kelantan berkemampuan merampas carta liga andai pendahulu ketika ini, Selangor keciciran mata, Butler tidak mahu ia mengganggu gugat tumpuan pemain ketika berdepan Pahang di Stadium Darulmakmur yang mengecapi kemenangan besar ke atas Polis, Sabtu lalu.
“Kami menghormati Pahang sebagai antara pasukan ternama. Namun, saya yakin kami mampu membawa pulang tiga mata,” kata Butler di Kota Bharu, semalam.
Bekas pemain West Ham United dalam Liga Inggeris itu, menegaskan barisan pemainnya mempunyai karektor tersendiri dalam menangani situasi tertekan seperti dibuktikan ketika mereka bangkit dari ketinggalan sebelum menewaskan Terengganu di laman sendiri, Sabtu lalu.
“Sekali lagi pemain saya menyerlahkan karektor tersendiri untuk bangkit dari ketinggalan sebelum mencatat kemenangan. Walaupun lawan mendahului, pemain Kelantan tidak patah semangat untuk mencuba habis-habisan hingga minit terakhir bagi meraih tiga mata.
Sementara itu, jurulatih Pahang, Tajuddin Nor berkata, persembahan mantap ketika menewaskan Polis 4-1, Sabtu lalu akan menjadi penentu kejayaan pasukan ke atas Kelantan yang dianggap barisan liat ketika ini.
“Saya ingatkan pemain lebih berwaspada dan tidak mengikut rentak lawan jika mahu meraih mata kerana lawan pasti mahu berusaha membawa pulang tiga mata berharga,” katanya.-Berita Harian

0 Komen:
Post a Comment