Friday, March 13, 2009

Insiden Kekecohan Penyokong di Stadium Shah Alam, KAFA Terlepas Hukuman

FAS, KAFA terlepas hukuman

SETIAUSAHA Agung FAS, Hamidin Mohamad Amin (dua dari kanan) mengatakan sesuatu kepada Penolong Setiausaha KAFA, Ariff Hassan (dua dari kiri) sambil diperhatikan Halim Napi (kiri) sebelum mesyuarat Jawatankuasa Disiplin FAM berhubung isu pergaduhan penyokong di Wisma FAM, semalam. - UTUSAN/SHAIFUDIN MOHD. NOR

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) terlepas dari hukuman ekoran insiden kekecohan penyokong kedua-dua pasukan dalam perlawanan Liga Super bulan lalu.

Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dipengerusikan oleh Kamaruddin Abdullah dalam mesyuaratnya di Wisma FAM semalam membuat keputusan tersebut apabila FAS dan KAFA berjaya membuktikan tidak berlaku kecuaian dalam aspek kawalan keselamatan di venue perlawanan.

FAS dibebaskan daripada tuduhan penyokongnya melemparkan objek ke arah tempat duduk orang kenamaan kerana FAS telah menyediakan kawalan keselamatan yang secukupnya.

''FAS menempatkan kira-kira 300 anggota keselamatan ketika perlawanan tempoh hari demi memastikan aspek keselamatan terjamin.

''Namun FAS diberikan amaran keras ekoran insiden tersebut,'' katanya.

KAFA turut lega apabila bebas dari tuduhan segelintir penyokongnya melemparkan ketulan batu, mercun dan pelbagai objek lain ke arah penyokong Selangor.

''Selepas perbincangan, sukar untuk mengenal pasti penyokong pasukan mana yang memulakan insiden membaling objek sewaktu perlawanan di Stadium Shah Alam tempoh hari,'' kata Kamaruddin.

Dalam perlawanan 29 Februari lalu, Selangor menang 3-0 sekali gus merampas teraju Liga Super dari Kelantan.

Dalam satu lagi kes yang dibicarakan semalam, Jawatankuasa Disiplin FAM mendenda RM1,000 dan menggantung dua perlawanan masing-masing kepada pertahanan Selangor, Khairul Anuar Baharom dan penjaga gol Kelantan, Mohd. Halim Napi kerana menerima kad merah dalam perlawanan tempoh hari.

Kedua-dua pemain itu telah pun menjalani hukuman penggantungan apabila tidak beraksi dalam perlawanan suku akhir Piala FA.

Sementara itu, enam pemain futsal pasukan Kelantan didenda dan digantung perlawanan kerana terlibat dalam pergaduhan beramai-ramai di Kejohanan Liga Futsal Kebangsaan di Kuantan, baru-baru ini.

''Pemain yang didapati bersalah dikenalpasti menerusi rakaman video insiden tersebut,'' kata Kamaruddin.

Enam pemain terbabit ialah Ahmad Ikhwan Zain didenda RM1,000 dan gantung lima bulan manakala Zaila Azam Ishak digantung tiga bulan.

Empat lagi pemain yang tidak hadir semalam dikenakan denda RM400 setiap seorang dan digantung sehingga ke satu tempoh yang ditetapkan ialah Mohd. Raduan Abdullah, Khairul Falani, Adek Yuzee Yahya dan Nazri Nazrul Abdul Aziz.

Sumber: Utusan Malaysia

FAS, Kafa terlepas hukuman

JURULATIH Felda United, Reduan Abdullah (gambar) - digantung setahun pada 26 Februari lalu gara-gara 'bercakap tanpa kebenaran' - mungkin berharap kesnya hanya dibincangkan Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.

Kerana berbeza dengan ketegasan ketara apabila menghukumnya, dua minggu lalu, jawatankuasa sama ‘melakar sejarah’ apabila memutuskan untuk tidak menghukum tiga pihak yang dihadapkan kepadanya, semalam.

Paling beruntung ialah Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang ‘terlepas’ biarpun terbukti ada insiden penonton membaling kerusi ke arah tempat duduk orang kenamaan di Stadium Shah Alam ketika aksi bertemu Kelantan, 28 Februari lalu.

Turut beruntung ialah tonggak bentengnya, Khairul Anuar Baharom apabila dakwaan ‘mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan pegawai perlawanan’ digugurkan jawatankuasa itu selepas aduan pengadil tidak disokong pembantunya.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) juga bernasib baik pulang dengan amaran keras selepas jawatankuasa memutuskan bahawa sukar untuk mengenalpasti sama ada penyokongnya membaling pelbagai objek ke padang pada perlawanan sama.

“Isunya ialah sama ada FAS menyediakan kawalan keselamatan mencukupi ataupun tidak. Mereka membuktikan ada lebih 300 anggota polis dan jawatankuasa berpuas hati,” kata pengerusi jawatankuasa, Kamaruddin Abdullah.

Ia bermakna jawatankuasa memilih ‘bertolak ansur’ dan tidak terikat kepada Peraturan Tatatertib FAM - iaitu Kesalahan 19.12 untuk dakwaan ‘apabila penonton merosakkan harta benda stadium seperti kerusi, pintu, pagar dan lain-lain.’

Jika jawatankuasa itu patuh - seperti ketika menghukum Reduan sebelumnya - FAS berdepan hukuman ‘denda RM25,000 selain perlu membayar pada kos sebenar kerosakan harta kepada pentadbir stadium’.

Jawatankuasa semalam sekadar mengenakan hukuman minimum - penggantungan dua perlawanan dan denda RM1,000 - terhadap Khairul dan penjaga gol Kelantan, Halim Napi kerana kekasaran terhadap pemain lawan.

Sumber: Berita Harian

Jika mengalami masalah untuk menekan butang "...lagi", sila tekan sini.

5 Komen:

Intan Hanina said...

mak aih.. dah fanatik bola neh hehe

Doyok said...

hehehe bolehla
jom join
hehehehe

Intan Hanina said...

jom2.. aku nak gelecek bola neh ngeh2

Intan Hanina said...

bile lok aku majok.. ang gila pa? :p

Intan Hanina said...

bile lok aku majok? ang gila pa? :p

Kolum Encik KhaL © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates