Beliau menyedari bahawa tindakan drastik perlu diambil terhadap usaha memantapkan lagi kekuatan pasukan kerana menyedari kebangkitan skuad Cik Siti Wan Kembang itu kian meningkat naik selepas dibimbing jurulatih luar.
“Saya akan menggunakan waktu rehat ini untuk menilai sebarang kelemahan kerana pasukan dibarisi ramai pemain muda dan mengakui masih banyak lagi yang perlu dilakukan terhadap pasukan ini.
“Walaupun pemain sudah berdepan perlawanan padat dan meletihkan, pasukan tidak boleh leka sebaliknya memperkemaskan lagi persembahan demi memastikan kejayaan yang diharapkan nanti,” katanya semalam.
Beliau menyedari masih ada kekurangan di barisan depan selepas sekadar menang tipis 1-0 ketika mengatasi T-Team di suku akhir.
Wan Jamak mengakui lega kerana semua pemain bebas daripada kecederaan termasuk Mohd Shukor Adan yang sudah pulih, sekali gus memudahkannya merencana strategi terbaik menjelang perlawanan itu nanti.
Sumber: Harian Metro
Jika mengalami masalah untuk menekan butang "...lagi", sila tekan sini.
0 Komen:
Post a Comment