Wednesday, April 01, 2009

Imbasan Liga Super 2009: Kelantan Vs Negeri Sembilan

Kelantan Rebah Di kandang Sendiri

PEMAIN Kelantan, Ramzul Zahini Adenan (kiri) diasak pertahanan Negeri Sembilan, Mohd. Aidil Zaquan pada aksi di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu semalam.

HUJAN 'botol mineral' mengiringi kekalahan 1-2 sang Kijang kepada pasukan Negeri Sembilan di gelanggang keramat mereka di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.

Insiden membaling botol yang diselangselikan dengan letupan mercun berlaku ekoran beberapa keputusan pengadil yang dianggap penonton sebagai berat sebelah.

Ia serba tidak menjadi.

Benteng Kelantan yang dibarisi Ahmad Azlan Zainal, Rizal Fahmi Rosid, Daudsu Jamaluddin dan Zairul Fitree Ishak dilihat sebagai punca kepada kekalahan di hadapan lebih 20,000 penyokong sendiri itu.

Permainan sambil lewa, tidak kreatif dan tidak bermaya yang dipamerkan pasukan tuan rumah membolehkan jentera serangan Negeri Sembilan mudah merobek gawang Kelantan dengan dua gol mudah.

Gol pertama pasukan pelawat hadir pada minit ke-41 menerusi Shahruain Abu Samah apabila mudah menyempurnakan hantaran Zaquan Adha Abdul Radzak dari dalam kotak penalti.

Pada separuh masa kedua, rentak Kelantan agak berubah apabila tampil dengan corak permainan pantas. Mereka gagah menyerang tetapi penyudahnya tetap buntu.

Bagaimanapun. kealpaan mereka sekali lagi dihukum apabila penyerang kebangsaan, Zaquan Adha meletakkan pasukan pelawat selesa di hadapan 2-0 pada minit ke-62.

Bermula dengan salah faham antara Halim Napi dan bek kiri Kelantan, Zairul Fitree, Zaquan bijak mengambil kesempatan untuk menolak bola mudah ke gawang Kelantan.

Drama di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV bermula pada minit ke-73 apabila permainan terhenti hampir lima minit apabila penyokong fanatik tuan rumah mula 'mengamuk'.

Beberapa keputusan pengadil yang tidak memihak kepada pasukan Kelantan serta gelagat pemain Negeri Sembilan yang melambat-lambatkan permainan menyebabkan penonton berang.

Pengadil, Shokri Nor terpaksa menghentikan permainan seketika dan pemain Kelantan terpaksa campur tangan untuk menenangkan penyokong mereka.

Seminit selepas permainan bersambung, Kelantan berjaya mendapat gol sagu hati menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Indra Putra Mahyuddin setelah Badri Radzi dijatuhkan dalam kotak penalti oleh penjaga gol, Sani Anuar Kamsani.

Sumber: Kosmo

NS Jinak Red Warriors

PEMAIN Kelantan, Indra Putra Mahayuddin (kiri) membuat percubaan di pintu gol Negeri Sembilan dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, malam tadi.

REKOD cemerlang Kelantan di gelanggang sendiri lebur di tangan Negeri Sembilan apabila tewas 1-2 ketika Perlis melonjak sebagai pendahulu baru selepas mengambil kesempatan daripada kekalahan yang turut dialami Selangor.

Di Stadium Sultan Muhd IV Kota Bharu, rekod tuan rumah bukan sahaja lebur malah kini berdepan kemungkinan dikenakan tindakan berikutan insiden membaling objek ke padang oleh penyokong tempatan yang menyebabkan permainan terhenti lima minit.

Kelantan mendapat peluang seawal pada minit ketujuh menerusi tandukan Azlan Zainal, yang berpunca daripada sepakan sudut kapten pasukan, Badri Radzi tetapi bola berjaya dikeluarkan benteng lawan di atas garisan gol.

Negeri Sembilan hampir menghukum kealpaan tuan rumah pada minit ke-33, tetapi sepakan kaki kiri Mohd Zaquan Adha sekadar menggegar jaring luar Kelantan.

Namun, pelawat akhirnya memecah kebuntuan hasil serangan balas pantas yang disudahkan Shahurain Abu Samah (m-41) apabila dia melepaskan sepakan leret menewaskan Halim Napi selepas menerima hantaran Zaquan.

Pasukan bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu kemudian melebarkan jurang gol menerusi Zaquan (m-62), sebelum Indra Putra Mahayuddin merapatkan jurang menerusi sepakan penalti pada minit ke-84 yang sekadar gol sagu hati tuan rumah.

Sumber: Berita Harian

Jika mengalami masalah untuk menekan butang "...lagi", sila tekan sini.

2 Komen:

Topek said...

salam bro, topek dah uploadkan e-book "panduan wordpress" kat server, so.. bro leh download dan baca. if ada apa -apa pertanyaan, boleh tanya topek.ni url file:

http://www.mtaufik.net/file-download/panduan-wordpress.rar

Doyok said...

maceh bro
nnt wa usha

Kolum Encik KhaL © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates