
Presidennya Tan Sri Annuar Musa berkata sumbangan adalah dalam bentuk produk pengeluaran bagi kegunaan semua pemain dan pengurus pasukan sepanjang kempen bola sepak 2009.
"Kami harap ramai lagi penaja membuat tawaran bagi membantu pasukan bola sepak Kelantan," katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan rombongan DCL Sdn Berhad di Wisma Kafa di sini, hari ini.
Pada pertemuan itu Pengurus DCL Kelantan Norzailani Mohd Nuzi menyampaikan hamper pelbagai produk yang dikeluarkan oleh syarikat bumiputera itu.
Annuar berkata Kafa memerlukan lebih banyak penaja bagi membantu pasukan Kelantan yang memerlukan peruntukan yang besar dalam menghadapi setiap perlawanan.
Sumber: Bernama
0 Komen:
Post a Comment