JURULATIH bola sepak Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan, tidak melihat sebarang jurang antara skuadnya dengan Kelantan yang akan ditemui pada separuh akhir Piala FA, 7 April depan.
Sebaliknya dia amat yakin Negeri Sembilan mampu mencipta kejutan dan seterusnya mara ke final.
Menurutnya, walaupun berdasarkan fakta dalam saingan Liga Super, jumlah jaringan Kelantan lebih besar tetapi mereka juga melepaskan banyak gol, berbeza dengan Negeri Sembilan yang setakat ini hanya dua kali kalah dan melepaskan empat gol dalam keseluruhan perlawanan yang dihadapi sehingga kini.
“Negeri Sembilan mempunyai benteng yang lebih kukuh malah sehingga kini kami belum mengalami kekalahan di halaman sendiri berbanding Kelantan walaupun barisan depan merela nyata lebih menyerlah.
“Hakikatnya kedua-dua pasukan ada kelebihan masing-masing dengan satu pasukan memiliki barisan depan yang lebih baik manakala satu lagi pasukan mempunyai benteng yang begitu kukuh,” katanya, semalam.
Bekas pengendali kebangsaan itu berkata Negeri Sembilan pernah bertemu Kelantan dalam beberapa perlawanan pramusim sebelum ini yang berpihak kepada skuad bimbingannya namun mengakui keadaan sudah berbeza.
Katanya, beliau kini meneliti persembahan pemain bagi membantunya merangka strategi terbaik menjelang saingan 7 April nanti dalam misi melakar kemenangan dan seterusnya membawa pasukannya ke peringkat akhir.
Sumber: Harian Metro
Jika mengalami masalah untuk menekan butang "...lagi", sila tekan sini.
4 Komen:
mula2 mmg xnak tgk spaQ tu.. tapi ntah camne mata ni degil gark nak tgk wakakak!
weh..
mana msjbox hang?
sory eh drop komen salah tempat..
haa pasai nuffnang tu..
err aku tgk blog2 semua org ade je iklan tu :p
mane ade bankrup huhu.
maybe pc ko kot prob.
dats y xleh nampak
aku install iklan gugel mcm biasa la.. pehtu tampal dalam widget.. tu jaa..
ien: baik layan bola. hehehe
yOnnA: msjbox lom taruk lagi. manade. semua x kuar iklan tu. sob..sob
Post a Comment