Saturday, March 21, 2009

Liga Super: Kelantan Vs P.Pinang Malam Ini (21 Mac 2009)

Ibarat 'Old Trafford'

TUAH Stadium Sultan Mohammad Ke-IV, Kota Bharu sekali lagi menjadi sandaran pasukan Kelantan apabila melayan kunjungan Pulau Pinang pada perlawanan Liga Super malam ini.

Rekod cemerlang di gelanggang keramat mereka itu akan terus dipertahankan dan apa yang pasti, pasukan lawan akan berasa gerun melangkah ke stadium tersebut yang menjadi gelanggang Sang Kijang berpesta gol.

Penyokongnya menyifatkan ia ibarat 'Old Trafford' tempatan kerana pasukan lawan tidak akan pulang selesa dari stadium tersebut.

Ketua pasukan, Badri Radzi memberitahu bahawa rakan sepasukannya kini sudah bersedia dan bersemangat untuk turun beraksi selepas hampir dua minggu berehat ketika saingan liga dihentikan seketika.

Menurutnya, Sang Kijang kini berada pada prestasi terbaik dan semua pemain bebas daripada sebarang kecederaan, cuma dua pemain sahaja yang mengalami penggantungan.

"Zairul (Fitree Ishak) tidak dapat beraksi akibat mengumpul tiga kad kuning sementara Azlan (Zainal) pula masih menjalani penggantungan akibat kad merah ketika pertemuan menentang UPB-MyTeam pada 3 Mac lalu.

"Kita tidak mengalami masalah dengan penggantungan tersebut kerana masih ramai lagi pemain yang mampu mengisi kekosongan tersebut," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Tambahnya, jentera penggempur yang diketuai Khalid Jamlus dan Norfarhan Mohamad juga dilihat sudah bersedia untuk merobek gawang lawan.

Bagaimanapun, Badri juga mengharapkan rakannya di bahagian tengah, Khairan Eroza Razali akan pulih sepenuhnya daripada kecederaan sebelum perlawanan bermula malam ini.

"Buat masa ini saya belum pasti siapa yang akan digandingkan bersama saya dan kami semua berjanji untuk melakukan yang terbaik," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menaruh harapan agar jurulatih Peter James Butler dapat menyenaraikan penyerang lincah, Che Hishammuddin Hassan dalam kesebelasan utama.

Jelasnya, pemain itu mampu memainkan peranan yang besar dalam usaha mengucar-ngacirkan pertahanan lawan dengan kepantasan dan kelincahan yang dimiliki.

"Dia memang dikenali sebagai seorang penyerang yang lincah dan kita memerlukan khidmatnya untuk membentuk rangkaian penggempur yang lebih bertenaga.

"Sejak beberapa hari lalu, jurulatih nampaknya banyak menggunakan khidmatnya dalam sesi latihan dan kita berharap dia akan disenaraikan dalam skuad yang akan turun menentang Pulau Pinang nanti," jelasnya.

Sumber: Kosmo

Kijang idam rampas takhta

SELEPAS berehat selama hampir sebulan, saingan Liga Super kembali bersambung malam ini dengan pendahulu, Selangor bertandang ke Stadium Darulaman, Alor Star untuk melayan skuad KM Naza sambil Kelantan mengharapkan tuah di gelanggang sendiri untuk merampas pendahulu takhta.

Kelantan yang menunjukkan kebangkitan yang boleh dianggap mendadak sejak disertai beberapa pemain bertaraf bintang itu akan menentang Pulau Pinang di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV di Kota Bharu.

Perlis yang menduduki tangga ketiga turut mempunyai kelebihan setanding dengan pasukan Kelantan apabila anak buah ketua jurulatih, Irfan Bakti itu menanti kunjungan Perak di Stadium Utama Negeri, Kangar.

Selangor, Kelantan dan Perlis masing-masing mengumpul jumlah mata yang sama iaitu 18 mata dan hanya dipisahkan menerusi kelebihan jaringan dan bolos sekali gus membuatkan ketiga-tiganya tidak boleh tercicir sebarang mata malam ini.

Justeru, rencana siapakah di antara K Devan (Selangor), Peter Butler (Kelantan) dan Irfan Bakti (Perlis) yang bakal menjadi kerana pertembungan kesembilan malam ini bakal membuka ruang untuk salah satu daripada ketiga-tiga skuad bimbingan mereka untuk bergelar pendahulu.

Turut mempunyai peluang untuk merampas kedudukan selaku pendahulu Liga Super ialah pasukan di tangga keempat iaitu Negeri Sembilan yang akan menentang kelab UPB/MyTeam di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Negeri Sembilan mengumpul 16 mata, kurang dua daripada Selangor, Kelantan dan Perlis tetapi selain perlu menang ke atas UPB/MyTeam, mereka juga mengharapkan ketiga-tiga pasukan berkenaan tewas di tangan lawan masing-masing.

Selangor bakal beraksi tanpa R Surendran dan Amirulhadi Zainal yang masing-masing berdepan penggantungan dan kecederaan tetapi Devan tidak bimbang kerana beliau sudah mengatur pengganti terbaik untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

“Suren (Surendran) digantung satu perlawanan kerana kad kuning manakala Amirulhadi perlu berehat selama kira-kira lima atau enam minggu. Ketiadaan mereka tidak menjejaskan persiapan kami kerana saya mempunyai pengganti untuk mereka.

“Kami datang ke Stadium Darulaman untuk menang dan tidak ada sesiapa yang boleh menghalang hasrat kami itu. Semuanya bergantung kepada pemain saja dan semangat yang mereka perolehi daripada saingan Piala FA akan menjadi faktor pendorong,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Jika mengalami masalah untuk menekan butang "...lagi", sila tekan sini.

4 Komen:

Intan Hanina said...

mane de otai ler

Doyok said...

wehh ado?
awa on9
buak gapo tuss

Intan Hanina said...

aku mmg letak nuffnang dah..

iklan nuffnang tu kadang2 jek muncul.. kadang2 ilang.. normal la tu..


p/s: tengah main game hehe!

Doyok said...

yg kadang2 tu la x best
:))

Kolum Encik KhaL © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates