Saturday, March 28, 2009

Liga Super: Jang intai peluang terajui takhta liga

NEGERI Sembilan melaungkan keyakinan untuk terus mencabar kedudukan tiga pasukan teratas Liga Super, sebaik turun menentang Kelantan, Selasa depan, dalam usaha meletakkan kembali pasukan di puncak saingan berprestij itu.

Ketika ini Negeri Sembilan hanya ketinggalan dua mata daripada tiga pasukan teratas carta iaitu Selangor, Kelantan dan Perlis selepas mengharungi lapan perlawanan.

Jurulatih Wan Jamak Wan Hassan, berkata keyakinannya bersandarkan kepada peningkatan prestasi pemain Negeri Sembilan termasuk pemain muda yang kini sudah membuktikan persembahan cemerlang hingga mampu meletakkan skuad berkenaan pada posisi meyakinkan.

Menurutnya, pihaknya menarik nafas lega kerana persefahaman anak buahnya semakin kukuh untuk menyerlahkan keputusan lebih baik selepas ini, malah persembahan pemain seperti S Kunalan, Shahurain Abu Samah, Mohd Rahman Zabul dan Mohd Afendy Adimel dilihat terus meningkat.

“Selain itu, gandingan kembar, Mohd Zaquan Adha dan Mohd Aidil Abdul Radzak bersama pemain berpengalaman seperti Rezal Zambery Yahya, Mohd Shukor Adan, Idris Karim (gambar) serta Ching Hong Aik, yang terus menjadi tonggak utama pasukan.

“Saya yakin Negeri Sembilan berpeluang mencipta kejayaan yang lebih baik musim ini berbanding naib juara Liga Super musim lalu dan sememangnya itu menjadi matlamat utama kita,” katanya semalam.

Beliau berharap supaya pemain tidak leka sebaliknya sentiasa fokus kepada tugas yang disandarkan kerana perjuangan belum selesai dan banyak lagi cabaran yang bakal dihadapi bagi memastikan kejayaan pasukan.

Katanya, tumpuan kini terarah kepada misi melenyapkan cabaran Kelantan pada Selasa depan dan beliau mungkin akan melakukan perubahan taktikal bagi menjamin kemenangan.

Sumber: Harian Metro

Jika mengalami masalah untuk menekan butang "...lagi", sila tekan sini.

3 Komen:

Intan Hanina said...

eh smalam ada bola ke? aku terlupa nak tgk lak.. terlenaaa huahauah!

Doyok said...

smalam liga perdana
hehehe aku x tgk pon smalam
bkn ke dok sebuk ngan earth hour

Intan Hanina said...

tu laa aku tanya.. kot2 laa bola xde semalam.. aku kan tidoQ masa time earth hour wakakak!

Kolum Encik KhaL © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates