Bekas Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa ini.
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, langkah itu akan dilakukan berikutan Sultan Perak bertindak melampaui bidang kuasanya untuk mengisytiharkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu sebagai tidak sah.
Pada sidang akhbar di pejabatnya di sini Karpal berkata, di dalam saman tersebut Sultan Perak akan dinamakan sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Barisan Nasional yang baru di negeri itu sebagai defendan kedua.
Menjelang majlis mengangkat sumpah Menteri Besar yang baru petang ini, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar berkata, beliau akan menulis surat kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan baginda supaya menangguhkan upacara mengangkat sumpah Menteri Besar yang baru.
Sivakumar berkata, beliau akan menghantar surat pada jam 3 petang ini untuk tujuan itu dan turut memohon perkenan Sultan untuk mengadakan mesyuarat DUN tergempar.
Suasana di sekitar Istana Iskandariah dan Masjid Ubudiah di sini terkawal meski pun timbul ura-ura ribuan penyokong pembangkang akan bertindak menghalang upacara angkat sumpah menteri besar petang ini.Tinjauan Utusan Malaysia mendapati anggota polis diletakkan di merata tempat untuk memantau keadaan. Jalan masuk ke istana dan Masjid Ubudiah juga disekat bagi mengelak kemasukan pihak yang berhasrat mencetuskan huru-hara. - Utusan/Mstar
Marah sungguh si Nizar kepada Sultan. Sampai sanggup menyaman Tuanku Sultan. Sebelum ini dia cakap akan terima apa jua keputusan Sultan. Sekarang apa dah jadi? Sifat derhaka Nizar sudah nampak secara terang-terangan. Apakah keputusan ini didorong oleh kehendak hatinya sendiri atau kehendak 'bekas Exconya' dari Pakatan Rakyat? Atau mungkin juga kehendak Anwar yang kecewa apabila 1 negeri sudah jatuh ke tangan BN?
Yang pasti Nizar sekadar boneka yang dipermainkan untuk kepentingan politik masing-masing baik di pihak DAP dan PKR. Buktinya hanya Nizar yang membuat kenyataan menentang titah Sultan berbanding pemimpin lain yang mengambil jalan selamat untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengundang kemurkaan Tuanku. Cukupla sekadar mempergunakan Nizar sebagai 'orang tengah'. Kalau kena buang negeri atau dilucutkan darjah kebesaran sekalipun, hanya Nizar yang terkena. Bijak bukan percaturan politik pembangkang?
UPDATED: Boikot angkat sumpah, derhaka Sultan - Umno
PETALING JAYA: Tindakan kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat Perak untuk memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar yang baru hari ini disifatkan sebagai derhaka kepada Sultan Perak yang memperkenankan pelantikan tersebut.
Setiausaha Umno Perak, Datuk Ramly Zahary berkata tindakan tersebut jelas memperlihatkan pemimpin pakatan pembangkang itu sengaja mengingkari titah sultan.
"Sebenarnya majlis angkat sumpah tetap dijalankan walaupun tanpa kehadiran mereka (ADUN Pakatan Rakyat) kerana ia mendapat perkenan Sultan Perak.
"Tapi apa yang nyata mereka ini derhaka kepada sultan kerana seolah-oleh tidak menerima keputusan yang dibuat," katanya kepada mStar Online.
Semalam Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.
ORANG ramai dan penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman rasmi Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, malam tadi selepas Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan beliau meletakkan jawatan Menteri Besar bagi membolehkan kerajaan baru BN dibentuk. - Foto AFP
Nizar dalam ceramahnya semalam yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar berkata beliau dan ahli exconya memutuskan untuk tidak menghadiri majlis itu dengan alasan beliau masih Menteri Besar yang sah dan belum meletakkan jawatan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah memperkenan pemilihan ADUN Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dilantik menjadi Menteri Besar Perak yang baru.
Menurut Ramly yang juga ADUN Manong, tindakan seperti itu juga menunjukkan Pakatan Rakyat tidak menghormati Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan.
"Jika mereka memboikot majlis angkat sumpah itu, maka kita boleh simpulkan bahawa mereka ini sememangnya tidak faham mengenai Perlembagaan dan undang-undang.
"Kalau mereka faham, mereka akan menerima titah sultan dengan hati terbuka," katanya.
Ditanya mengenai persediaan majlis angkat sumpah Menteri Besar yang baru petang ini, beliau berkata semua 28 ADUN Barisan Nasional (BN) bersama tiga ADUN Bebas akan menghadiri majlis tersebut.
Upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baru itu akan diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 3.30 petang ini. Manakala upacara mengangkat sumpah exco pula akan diadakan pada 10 Februari pukul 10 pagi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. -Mstar
4 Komen:
Encik Khal paham undang2 ka>>>?
insyaAllah faham
ni awat dok tanya lagu tu?
marah ka?
takpa..paham paham :)
kita sesungguhnya memerlukan ketua pemimpin yang bagus, berkualiti dan beriman. bukan sekadar berharta dan berpangkat,
tapi jahil agama
pemimpin yg beriman adalah org yang boleh menerima qada dan qadar
Post a Comment