IPOH: Kesemua 28 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini akan memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar yang baru esok, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Beliau berkata, kesemua mereka yang bermesyuarat petang tadi telah memutuskan untuk tidak menghadiri majlis itu dengan alasan beliau masih Menteri Besar yang sah dan belum meletakkan jawatan.
"Saya telah diarahkan untuk meletakkan jawatan dan sekiranya saya berbuat demikian bermakna secara automatik keseluruhan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah meletakkan jawatan.
"Niat buruk Barisan Nasional untuk menjatuhkan kerajaan negeri berpunca daripada perasaan takut selepas kekalahan dalam pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu...pelbagai keadilan, ketelusan dan kebajikan yang telah ditunjukkan selama 10 bulan memerintah amat menakutkan mereka," katanya dalam forum khas yang diadakan di kediaman Menteri Besar di sini malam ini.
Lebih 10,000 penyokong PR berkampung di kediaman ini selepas perjumpaan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Perak gagal kerana stadium telah dikunci.
Pada majlis yang sama, Anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri, Nga Kor Ming berkata pimpinan tertinggi DAP menyokong 100 peratus kepimpinan Nizar.
"Kami menyokong Mohammad Nizar terus menjadi Menteri Besar Perak," katanya.
Nga turut menyelar sikap Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Rahman Hashim yang dikatakan bertindak biadab mengarahkan kesemua Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengosongkan pejabat mereka termasuk menyerahkan kunci kenderaan milik kerajaan negeri.
"Kami sedang bermesyuarat pada pukul 3 petang dan tiba-tiba mendapat panggilan telefon daripada beliau mengarahkan kami mengosongkan pejabat sebelum pukul 5 petang," katanya. BERNAMA
Dah jadi amalan pembangkang kalau bab pulau memulau ni. Tapi harus diingat bahawa Sultan juga ada hak Tuanku sendiri. Perbuatan seperti ini seolah-olah menghina Tuanku Sultan yang telah memutuskan bahawa tiada pembubaran DUN. Kalau awal penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak sudah ada kes pulau memulau (kes pemilihan Menteri Besar di kalangan parti dalam PR), tidak terlalu menghairankan kalau esok diorang membuat perkara yang sama kembali.
Aku nak petik sedikit kenyataan Nizar sebelum ini.
Ipoh - Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yakin sebarang keputusan yang perkenankan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah dalam menangani kemelut politik di negeri ini dibuat dengan adil.Keputusan Sultan memang adil kan? Jadi terima sahaja la keputusan Sultan. Ini tak, cakap lain, buat lain. Macam mana ni Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin?
"Saya yakin keputusan yang dibuat nanti cukup adil kepada rakyat di negeri Perak dan adil kepada parti-parti politik, dan kita tidak akan meragui sebarang keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.-BERNAMA
0 Komen:
Post a Comment