Thursday, April 10, 2008

Telur Dan Lelaki


Telur ancam nyawa lelaki

Kajian mendapati pengambilan lapan biji seminggu berisiko maut

WASHINGTON: Awas, berita buruk bagi lelaki berusia pertengahan berikutan hasil kajian terbaru mendakwa golongan itu yang memakan lebih tujuh biji telur seminggu, berisiko untuk mati awal.

Sekumpulan penyelidik Amerika Syarikat dalam kajian 20 tahun itu, mendakwa lelaki yang menghidap kencing manis pula berisiko mati awal tanpa mengira bilangan telur yang dimakan.

Kajian disiarkan edisi terbaru American 'Journal of Clinical Nutrition' itu hanya menokok bukti, kebanyakannya bertentangan dengan betapa selamatnya pengambilan telur. Ia tidak pula menyatakan punca atau bagaimanapun kaitan telur dengan risiko meningkatkan kematian.

"Bagi lelaki yang menghidap kencing manis, berapa banyak pun telur yang dimakan boleh meningkatkan risiko kematian seperti akibat sakit jantung dan serangan angin ahmar dalam tempoh 20 tahun."

Kajian Universiti Harvard itu amembabitkan 21,327 lelaki yang menemui doktor sejak 1981 dan bersetuju menyertai penyelidikan bagi mendekati gaya hidup mereka.

Sejak 20 tahun lalu, 1,550 lelaki terbabit didapati mengalami masalah serangan jantung, 1,342 mengalami angin ahmar dan lebih 5,000 daripada mereka mati.

"Pengambilan telur tidak dikaitkan dengan serangan jantung atau angin ahmar. Tetapi, lelaki yang makan lebih tujuh biji telur seminggu mempunyai risiko 23 peratus untuk mati dalam tempoh 20 tahun."

Responden yang memakan lebih banyak telur juga didapati lebih gemuk, tua. Makan banyak sayur tetapi kurang bijirin ketika sarapan, minum arak, kurang merokok dan bersenam juga yang memberi kesan kepada risiko serangan jantung dan kematian.

Penyelidik itu bagaimanapun menggesa kajian lebih menyeluruh berhubung dakwaan itu.

Telur sememangnya diketahui kaya dengan kolesterol. Malah, kolesterol tinggi boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dan meningkatkan risiko serangan jantung dan angin ahmar.

Seorang pakar pemakanan dan sakit jantung, Dr Robert Eckel yang juga bekas Presiden Persatuan Jantung Amerika, berkata penyelidik perlu memantau telur yang mereka makan.

"Lebih banyak telur? Sukar sebenarnya untuk menyatakan kesan sebenarnya pada masa ini. Tetapi, jika anda sendiri seorang doktor berusia pertengahan dan gemar memakan telur sebiji sehari, anda perlu fikirkan mana yang anda mahu - memakan telur atau telur dibaling pada muka anda," katanya dengan nada sinis.

"Telur seperti juga makanan lain ada baik dan buruknya. Ia juga boleh menjadi sebahagian daripada diet pemakanan yang seimbang," katanya dalam rencana tulisannya bagi mengulas hasil kajian berkenaan. - Reuters

Tertarik lak aku baca bende ni. Tak sangka makan telur pon ada risiko gak. Aku pon suka makan telur sebenarnya. Telur rebus, telur mata kerbau, telur mata kucing (ada ke?). Tapi bagi aku cukuplah dengan 2 bijik 'telur' yang aku ada. Semoga sehat dan sentosa selamenyer. Hehehehehe

6 Komen:

Mr Final said...

hahah... walaupun macam2 kajian yg inchik khal propakan.. dibhgn2 atas artikel.. tetap statement terakhir itu yg tepat

"Tapi bagi aku cukuplah dengan 2 bijik 'telur' yang aku ada. Semoga sehat dan sentosa selamenyer."

lalalala

hUmmY said...

hahahaha!

telor is busuk oke!

Doyok said...

mr final: ahaks..

hummy: telur xpired mmgla busuk :))

hUmmY said...

wakakakaka!

cam telor yu?

OPSSS!

*tekop mulot!

:))

Aiden Reez said...

Pulak dah....

Takpe... Aku tak hadap telur hari2...

Doyok said...

hummy: taula telor yu xde :))

reez: hehehe makan hari2 nanti muak

Kolum Encik KhaL © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates