Friday, April 11, 2008

Keputusan Liga Premier - 11 April 2008

Pendahulu Liga Premier, KL Plus FC, mengukuhkan cengkaman mereka di persada Liga Perdana selepas mengutip tiga mata penuh pada aksi yang menarik dan mendebarkan menentang Melaka di Stadium Hang Tuah semalam.

Kemenangan 2-0 ke atas Sang Kancil mencerahkan impian KL Plus untuk melompat ke Liga Super pada musim hadapan. Setelah diikat tanpa jaringan oleh tuan rumah pada separuh masa pertama, anak buah Mat Zan Aris berjaya memecah kebuntuan melalui ayam tambatan import mereka iaitu melalui Andrian Trinidad pada minit ke-78. Walaupun Melaka terus mengasak untuk mencari gol penyamaan, seorang lagi “Permata Import” mereka, Alex Agbo, berjaya memastikan mata penuh untuk KL Plus melalui jaringannya pada minit 93.

Skuad bimbingan Mat Zan Mat Aris itu kini mengungguli takhta liga dengan mengumpul 50 mata daripada 20 perlawanan liga musim ini.

Di Stadium Darul Makmur, Kuala Muda Naza terus menghambat KL Plus setelah mencapai kemenangan berharga 3-2 ke atas Shahzan Muda. Gol-gol Kuala Muda Naza diperolehi melalui Farderin Kadir (33), jaringan sendiri pertahanan Shahzan Muda, P.Sutharesan (48) dan Joseph Anthony Vega (62). Gol-gol Shahzan Muda dihasilkan oleh Josip Milicic (50) dan Brenar Antunes (81).

Dengan kemenangan tersebut, Kuala Muda Naza kekal di tangga ke-2 dengan 48 mata dari 19 perlawanan, kurang satu perlawanan dari KL Plus.

Stadium Likas, Kota Kinabalu, Kelantan terus menghidupkan peluang mereka mencabar KL Plus dan Kuala Muda Naza untuk merebut tempat ke Liga Super pada musim hadapan setelah mengejutkan tuan rumah, Sabah, dengan kemenangan 2-1.

Penjaring terbanyak Liga Premier, Mouhamadau Moustapha membuka jaringan Kelantan pada minit 42. Jaringan tersebut merupakan jaringan ke-23 beliau pada musim ini.

Pada minit 53, Sabah terpaksa bermain 10 orang setelah Mohd Munir Amran menerima kad merah akibat kekasaran yang dilakukannya terhadap pemain Kelantan. Kelantan mengambil kesempatan tersebut dengan menjarikan gol ke-2 pada minit ke 72 melalui Mohd Badri Radzi hasil pengelutan di depan gol Sabah.

Sabah berjaya merapatkan jaringan melalui Bobby Gonzales pada minit ke 80. Tetapi itu sudah terlambat untuk menghalang kemenangan Kelantan ke-13 pada musim ini.

Dengan kemenangan tersebut, Kelantan kekal di tangga ke-3 dengan 44 mata dari 20 perlawanan.

Di Stadium Nasional Bukit Jalil, skuad Harimau Muda mencatat kekalahan ke-11 musim ini selepas tewas 2-3 kepada Johor Pasir Gudang. Gol-gol Johor Pasir Gudang dihasilkan oleh Othelo Ocampos Espinola (24,63) dan Mohd Rizal Roslan (75). Sementara gol-gol anak buah Rajagopal dihasilkan oleh Ahmad Aminuddin (56) dan Mohd Syahid Zaidon (77).

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Felda United menggunakan kelebihan selaku tuan rumah untuk membenam cabaran PKNS Selangor menerusi kemenangan 2-0 melalui hasil jaringan Badrul Afzan Razali (10) dan Norismaidham Ismail (72).

Sementara itu, ATM menewaskan Kuala Lumpur 2-0 di Stadium MP Selayang.

Sumber : FAM

2 Komen:

Anonymous said...

ni mesti gle bola...

Doyok said...

bebola ikan pon saye gile sgt2. hehehehe

Kolum Encik KhaL © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates