Saturday, March 21, 2009

Terkini : Fairus letak jawatan Timbalan Ketua Menteri 1, Kekal ADUN

Selepas desas-desus sejak tiga hari lalu, Mohamad Fairus Khairuddin disahkan telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 dan ahli Exco negeri.

Keputusan itu berkuat kusa 8 April ini - sehari selepas tiga pilihan raya kecil serentak.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng tengah hari tadi.

Fairus mengambil keputusan tersebut di sebalik siasatan berhubung isu rasuah berkaitan dengan aktiviti kuari di Pulau Pinang.

Fairus dilantik Timbalan Ketua Menteri selepas pilihan raya umum ke-12 Mac tahun lalu.

Sebenarnya desas-desus Fairus akan meletakkan jawatan itu sudah kedengaran sejak Disember lalu.

Sejak pertengahan minggu ini sudah kedengaran desas-desus Fairus sudah diarahkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar meletakkan jawatan itu dan juga sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti.

Kata Lim, beliau telah pun menerima surat peletakan jawatan Fairus hari ini.

Bagaimanapun katanya, Fairus akan kekal sebagai ADUN Penanti dan juga anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Penanti merupakan salah satu kerusi dalam bahagian Permatang Pauh yang Anwar merupakan Ahli Parlimennya.

Lim bagaimanapun enggan mendedahkan sebab Fairus meletakkan jawatan.

Semalam, Lim berkata, beliau meluluskan permohonan Fairus atas permintaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum itu, beliau menafikan desas-desus kononnya timbalannya itu telah dipecat dan menegaskan bahawa buat masa ini beliau tidak bercadang untuk menukar timbalannya.

Sumber: Mstar

Jika mengalami masalah untuk menekan butang "...lagi", sila tekan sini.

2 Komen:

Intan Hanina said...

ehem.. encem gark timbalan ni.. asl pls? hehe!

Doyok said...

hahaha siot jerk
kene balik penang la nanti

Kolum Encik KhaL © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates