MEMANG bukan calang-calang. Selepas meratah Pahang dalam saingan Liga Super Selasa lalu, kini giliran Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terpaksa menanggung kegarangan Kelantan musim ini. Kemenangan 5-1 ke atas PDRM di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV pada aksi pertama, pusingan kedua Piala FA malam tadi menyaksikan Kelantan semakin komited memburu kejuaraan musim ini.
Babak pertama perlawanan menyaksikan persembahan hambar kedua-dua pasukan dan tuan rumah dikejutkan dengan jaringan awal PDRM menerusi Fauzi Majid pada minit kelapan. Bagaimanapun, penyerang Kelantan, Khalid Jamlus kembali meniupkan semangat tuan rumah tiga minit kemudian apabila bijak melakukan larian solo sebelum merembat masuk bola ke gawang lawan.
Aksi separuh masa kedua menyaksikan sang Kijang menguasai sepenuhnya permainan dan pada minit ke-63, Khalid sekali lagi menggegarkan stadium dengan jaringan kedua peribadinya. Lima minit berselang, giliran Norfarhan Mohamad mencetak nama sebagai penjaring apabila rembatannya gagal diselamatkan penjaga gol PDRM, Hamdan Sairi.
Kelantan yang mahu membawa bekalan selesa sebelum bertandang ke Selayang pada perlawanan kedua Selasa ini terus melancarkan serangan memburu gol. Indra Putra Mahyuddin terus menggembirakan 10,000 penyokong tuan rumah dengan jaringan keempat pada minit ke-80. Seminit kemudian, supersub Kelantan, Ramzul Zahini melengkapkan malam gemilang Kelantan dengan gol kelima tuan rumah.-Kosmo
Kedah terselamat, Kelantan mengganas
Pendahulu Liga Super musim ini, Kelantan pula seperti sudah mampu menguak pintu suku akhir apabila berpesta gol dengan membelasah Polis Diraja Malaysia (PDRM) 5-1 di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.
Antara penjaring skuad Wira Merah ini ialah Khalid Jamlus (dua gol) dan Nor Farhan Muhammad yang meletakkan mereka selesa apabila bertandang ke gelanggang lawan.-Utusan

Kelantan makan besar lagi
PENYERANG Kelantan, Mohd Khalid Jamlus (tengah) membuat percubaan ke arah pintu gol Polis dalam saingan di Stadium Sultan Mohd IV, Kota Bharu, malam tadi. Tuan rumah menang 5-1.
KELANTAN menepati status selaku pasukan pilihan apabila membelasah Polis 5-1 manakala juara bertahan, Kedah sekadar seri 1-1 dengan UPB-MyTeam pada pada perlawanan pertama pusingan kedua Piala FA, malam tadi.
Di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Polis lebih dahulu mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan Mohd Fauzi Abdul Majlid yang merembat dari jarak dekat selepas menewaskan penjaga gol Kelantan, Halim Napi menerusi gerakan yang dimulakan Khairul Zal Azmi pada minit kesembilan.
Namun kelebihan pelawat hanya bertahan selama dua minit apabila Khalid Jamlus yang melepasi perangkap ofsaid tenang melepaskan rembatan leret untuk gol penyamaan Kelantan.
Perlawanan kemudian berlangsung agak hambar dengan Kelantan seperti kehilangan punca dan mereka harus berterima kasih kepada Halim yang mempamerkan aksi tangkas menepis percubaan Khairul Zal yang hampir menerjah gawang Kelantan pada minit ke-43.
Kelantan kemudian meningkatkan permainan pada babak kedua dan memastikan kemenangan menerusi empat gol disumbangkan Khalid (m-63), Norfarhan Mohamad (m-68), Indra Putra Mahayuddin (m-80) dan Ramzul Zahini (m-81).-Berita Harian

0 Komen:
Post a Comment