Amukan Kelantan benam Tok GajahKetepi Selangor, kini giliran Kelantan menerajui Liga Super.
Pasukan pantai Timur itu menepati status selaku pasukan terbaik Liga Super apabila mengambil alih teraju liga dari Selangor selepas membelasah Pahang 5-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan semalam.
Kejayaan Kelantan menjadi peneraju baru Liga Super dibantu kekalahan mengejut Selangor yang tersungkur di gelanggang sendiri di Stadium Shah Alam 0-1 kepada UPB MyTeam.
Kelantan ternyata terlalu handal buat Pahang apabila menjaringkan gol menerusi Khalid Jamlus (minit pertama, m-74), Zainol Fitri Ishak (minit kesembilan), Mohd. Badri Mohd. Radzi (m-61) dan Indra Putra Mahayuddin (m-62).
Pahang sekadar memperoleh gol sagu hati pada minit ke-25 hasil jaringan Hasmizan Kamaruddin.
Kelantan kini unggul di puncak liga dengan 18 mata selepas tujuh perlawanan.-Utusan

Selangor tewas kepada UPB MyTeam di tempat sendiri
PENDATANG baru, Kelantan muncul pendahulu baru Liga Super apabila meraih kemenangan besar 5-1 ke atas jiran pantai timur, Pahang bagi menyingkirkan Selangor yang tewas 1-0 kepada UPB-MyTeam, malam tadi.
Kelantan mendahului menerusi Khalid Jamlus seawal minit pertama sebelum Zairul Fitri Ishak menambah gol kedua pada minit kesembilan sebelum Hasnizan Kamaruddin merapatkan kedudukan pada minit ke-25.
Dengan Selangor kecundang 1-0 kepada UPB-MyTeam di Stadium Shah Alam, anak buah bimbingan Peter Butler melonjak mengatasi Merah Kuning ketika kedua-dua pasukan sebelum ini dipisahkan dengan jumlah perbezaan gol.
UPB-MyTeam meledakkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-68 menerusi Norshahrul Idlan Talaha yang menyudahkan hantaran silang K Depan.-Berita Harian

0 Komen:
Post a Comment