Malaysia jatuh tiga anak tangga dalam senarai kedudukan terbaik dunia apabila menduduki tangga 161 dalam rangking bola sepak dunia terkini yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semalam.
Kedudukan itu adalah yang kedua terendah yang pernah dicapai oleh Malaysia.
Menurut laman web FIFA, Malaysia memungut 104 mata pada Februari tetapi kurang 10 mata berbanding senarai yang dikeluarkan bulan lalu, dan hanya sembilan anak tangga lebih baik berbanding kedudukan terendah iaitu tangga 170 April tahun lalu. - Bernama
0 Komen:
Post a Comment