Thursday, February 05, 2009

Politik Perak - Kronologi Hari Ini

BERIKUT adalah perkembangan politik di Perak sepanjang hari ini.

8.00 malam: Perdana Menteri mengumumkan ADUN Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dilantik menjadi Menteri Besar Perak yang baru. Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah memperkenan pemilihan Zambry sebagai Menteri Besar.

6.26 petang: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan semua Adun Barisan Nasional (BN) Perak meninggalkan perkarangan Istana Kinta setelah selesai menghadap Tuanku Sultan Perak.

5.47 petang: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan semua Adun Barisan Nasional (BN) Perak memasuki Istana Kinta sebentar tadi untuk menghadap Sultan Perak bagi mendapat perkenan membentuk kerajaan baru Perak.

4.50 petang: Nizar dalam sidang akhbarnya memberitahu, Pakatan Rakyat akan merayu kepada Sultan Perak supaya memberi perkenan untuk membubarkan DUN negeri itu supaya rakyat Perak boleh membuat keputusan berhubung kerajaan seterusnya. Beliau bagaimanapun masih belum membangkitkan isu peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar.

4.30 petang: Di Bagan Serai, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Pakatan Rakyat menerima hakikat bahawa BN akan memerintah kerajaan negeri Perak.

4.21 petang: Pasukan polis dan FRU mengambil alih bangunan Kerajaan Negeri. Sebaik sahaja Sultan Azlan Shah menitahkan Menteri Besar dan semua Exco meletak jawatan, Setiausaha Kerajaan Negeri telah menghantar surat kepada semua Exco memaklumkan kepada mereka untuk menyerahkan kembali harta negeri termasuk kunci, kereta dan sebagainya. Beliau turut pergi ke pejabat semua Exco dan meminta semua pembantu peribadi Exco meninggalkan bangunan dengan segera.

3.30 petang: Perdana Menteri akan menghadap Sultan Azlan Shah di Istana Kinta, petang ini.

3.00 petang: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengadakan sidang media khas di kediaman rasminya.

2.25 petang: Sultan Azlan Shah tidak berkenan membubarkan DUN Perak dan meminta Nizar meletak jawatan sebagai Menteri Besar. Jika tidak, jawatan itu dianggap kosong.

12.45 tengah hari: MB Perak memasuki Istana Kinta.

12.30 tengah hari: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap penyokong Pakatan Rakyat yang mengambil bahagian dalam perhimpunan haram di Ipoh.

11.56 pagi: Najib memberitahu wartawan yang beliau telah memberitahu Sultan Azlan Shah bahawa BN mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan negeri Perak. Katanya, Sultan akan menitahkan keputusannya tidak lama lagi.

11.55 pagi: Speaker V. Sivakumar meninggalkan Mahkamah Tinggi selepas memohon kepada mahkamah untuk mengisytiharkan surat peletakan jawatan tiga ADUN sebagai sah dan kerusi DUN tersebut kosong.

11.50 pagi: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berada di pejabat Menteri Besar pada pukul 3 petang ini dan perhimpunan besar-besaran dijadualkan berlangsung pada pukul 7 malam di kediaman Menteri Besar.

11.38 pagi: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin memberitahu wartawan, beliau baru sahaja dipanggil untuk hadir ke Istana Kinta.

11.34 pagi: Najib meninggalkan Istana Kinta bersama empat ADUN.

11.21 pagi: Najib kembali ke Istana Kinta, kali ini bersama empat bekas wakil rakyat Pakatan Rakyat iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Hee Yit Foong (Jelapang) dan Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) untuk menghadap Sultan Perak.

10.35 pagi: Ketua Umno Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan Istana Kinta. Najib dijangka akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa perhubungan negeri bagi membincangkan calon BN bagi jawatan Menteri Besar Perak.

9.50 pagi: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Ahli Parlimen Bagan Datoh) memasuki Istana Kinta untuk mendapatkan perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi BN membentuk kerajaan baru di negeri itu.

9 pagi: Speaker, V. Sivakumar memberitahu wartawan yang beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi pada hari ini untuk mengisytiharkan surat letak jawatan tidak bertarikh oleh bekas ADUN PKR, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan ADUN DAP, Hee Yit Foong (Jelapang) sebagai sah. Tiga ADUN tersebut telah meletakkan jawatan daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas dan mengakui akan memberi sokongan kepada BN.

2 Komen:

Unknown said...

Nak sangat main lompat2 kan..
dari tahun lepas tak habis2 nak suh org lompat2 kan..
haa skang ni org dah lompat apsal tak puas hati?

Sendiri punya Game terkene batang hidung sendiri.

Bila tak puas hati bawak, buat perhimpunan pi gaduh ngan polis.
Buat huru hara sana sini. Mana keamanan negara kita kalau mcm ni? kalau asyik nak berpolitik? Sampai kan kete Sultan pun kene blok.. isk isk isk. Kurang Hajar Tahap Melampau Langsung tidak menghormati Kuasa DIraja.

8 march dah lama berakhir, sudah2 la tuh berpolitik nak tarik sana tarik sini, lompat sana sini. tipu sana sini. Sudah2 lah tuh. kalau asyik nak politik kalau asyik nak gila kuasa bila nyaa nak buat kerja? Rakyat tetap kene carik makan, pk diri keluarga dan masa depan?

BUkan paklah atau anwar yg nak kasik rakyat makan. Rezki semua kami cari sendiri. Tapi kalau pemimpin tak adakan peluang meningkatkan peluang perniagaan, pembangunan ekonomi serta insan mcm mana rakyat dan negara nak maju?

Kalau asyik nak politik, kalau asyik nak undi, kalau asyik nak mandat. Mandat yg dah diberikan pun tatau jaga. Lepas tuh buat perhimunan resakser, lepas nih rusuhan, tak puas hati lagi buat mcm dulu kumpul ramai2 kat masjid negara mintak simpati.

BN dulu kalah 5 negeri takder pun buat perhimpunan? takde pun buat rusuhan? tapi kenapa PR suke benar mencipta rusuhan? menganggu ketenteraman org awam? Saya pun rakyat juga, saya pun ada hak juga untuk meminta semua keganasan dihentikan. Aku pun rakyat MALAYSIA juga. Saya tidak suka semua perkembangan ini. Nak lawan.. lawan di arena politik.

PR perak mula2 kata, Kerajaan mereka kukuh, tak kukuh pun.
mula2 jatuh mintak perkenan Sultan, Lepas tuh kata semuanya terpulang pada keputusan sultan, namun kini SUltan dah bagi keputusan. mereka Lawan pulak lagi.. ape punye jenis manusia kau org nih ha? Cakap tak pernahnya btol.

Semenjak kemunculan DSAI, ramai org telah mula kurang hajar terhapdap pemimpin serta undang2. Mereka buat secara suka hati mereka. Kalau dikutkan dari dulu pada PR polis salah, lawyer salah, hakim salah, menteri salah, ACA salah, EC salah, skang ni SUltan pun salah, dan mereka saje lah yg betol. (Mcm perangai yahudi buat sesuka hati, kekecohan sana sini tapi tuding jari kat org lain)

DSAI selalu berkata dalam ceramahnya, “Insyallah with gods willing mereka akan tubuh kerajaan baru” Namun kini Alhamdulillah dengan keizinan Ilahi semua ini telah berlaku. Apakah ini takdir, qada’ n qadar ketentuan ilahi.
Dan apakah ini spt ape yg mereka selalu katakan, kebenaran akan terbukti jua akhirnya. Marilah kita ambil iktibar dan memanfaat kan perkembangan yg positif ini ke arah pembangunan ummah dan negara

Namun ape yg boleh diperkatakan dengan senario ini oleh PR
YG DIKEJAR TAK DAPAT, YG DIKENDONG BERCICIRAN

P/s: Kenapa tak puas hati? kenapa lawan sultan? kenapa salahkan org lain? padahal sendiri yg nak main lompat2 dari tahun lepas. Saya percaya kalau bawak masuk MAHKAMAH pun kalau PKR kalah mesti dorang buat buat perhimpunan resakser lagi..

Doyok said...

betul tu saudara
cuba pemimpin prk terutama anwar fikir balik siapakah yang memulakan isu lompat parti ini
ibarat meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri

Kolum Encik KhaL © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates