Sang Kijang waspada
Oleh KHAIRI MOHAMAD
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my
INDRA PUTRA jadi taruhan terbaik Kelantan untuk merobek gawang Johor pada aksi kedua Piala FA malam ini.
KELANTAN belum mahu mendabik dada meskipun selesa dengan bekalan empat gol ketika aksi pertama saingan Piala FA di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Sabtu lalu.
Tidak mahu berputih mata, skuad Kijang itu sedar kelebihan bermain di hadapan penyokong sendiri pasti akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Johor apabila dua pasukan itu turun pada aksi kedua di Stadium Stadium Tan Sri Hassan Yunos malam ini.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Noordin Awang berkata, di atas kertas, Kelantan jelas mempunyai kelebihan namun, apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh 90 minit permainan.
Menurutnya, para pemain sudah bersedia sepenuhnya untuk berdepan dengan 'sengat' si Jengking dan tidak mahu sejarah musim lepas berulang kembali.
"Kita bercita-cita untuk mendapatkan piala ini (Piala FA) untuk musim ini, kita tidak mahu kecewa lagi seperti musim lalu apabila gagal melepasi halangan pertama berdepan dengan Kuala Muda Naza.
"Saya pasti pemain juga sudah mengetahui sasaran tersebut dan kita tidak mahu menghampakan peminat dengan sekurang-kurangnya membawa pulang satu piala," katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, barisan pemain Kelantan kini berada pada prestasi terbaik untuk meneruskan saingan Piala FA.
Katanya, kesebelasan utama ketika beraksi pada perlawanan di Kota Bharu Sabtu lalu bakal di kekalkan oleh jurulatih, Peter James Butler dengan Indra Putra Mahayuddin dan Khalid Jamlus bakal jadi taruhan.
"Selain itu, penjaga gol, Halim Napi juga akan dikekalkan berikutan prestasi yang memberangsangkan seperti yang ditunjukkan dalam beberapa perlawanan sebelum ini," ujarnya.

0 Komen:
Post a Comment