Friday, February 06, 2009

Kronologi Politik Di Perak Sempena Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perak

BERIKUT adalah perkembangan politik di Perak sepanjang hari ini.

6.45 petang:
Nizar dalam sidang medianya berkata, beliau akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk mengisytiharkan angkat sumpah Menteri Besar baru, Dr Zambry sebagai tidak sah.

6.05 petang: Penyokong-penyokong Pakatan meninggalkan kawasan Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar. Bagaimanapun terdapat segelintir penyokong yang masih berada di sekitar Jalan Bukit Chandan di kawasan masjid tersebut berada.

4.30 petang: Nizar berkata, beliau enggan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak atas keyakinan yang beliau masih secara sah memegang jawatan itu di bawah Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

4.15 petang: Upacara mengangkat sumpah Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak berakhir.

4 petang: Dr Zambry menerima watikah pelantikan sebagai Menteri Besar daripada Sultan Azlan Shah dan seterusnya mengangkat sumpah jawatan.

3.55 petang: Upacara mengangkat sumpah Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang bary bermula di Istana Iskandariah.

3.35 petang: Speaker V. Sivakumar berkata, beliau telah menghantar dua pucuk secara peribadi dan faks kepada Sultan Perak memohon perkenan baginda untuk mengadakan mesyuarat DUN tergempar dan menangguhkan upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baru.

3.30 petang: Jumlah penyokong Pakatan yang menyertai perhimpunan semakin berkurang. Bagaimanapun, terdapat segelintir yang enggan meninggalkan kawasan masjid walaupun selepas Setiausaha Eksekutif PAS, Khalid Rahman Abdul Samad merayu mereka supaya bersurai.

3.00 petang: Rombongan pengiring BN menuju ke Istana Iskandariah untuk upacara mengangkat sumpah Menteri Besar yang baru. Seorang kanak-kanak lelaki pengsan setelah terkena gas pemedih mata dan dikejarkan ke hospital.

2.55 petang: Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) menyembur gas pemedih mata kepada beribu-ribu penyokong Pakatan Rakyat di luar Masjid Ubudiah berhampiran Istana Iskandariah di Kuala Kangsar. Pihak polis mula melakukan tangkapan.

1.05 petang: Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, Sultan Perak telah bertindak di luar bidang kuasanya dalam mengenepikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Nizar. Katanya, Nizar akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak dan kerajaan negeri yang baru di Mahkamah Tinggi Ipoh Selasa ini jika kerajaan baru Barisan Nasional (BN) mengambil alih kuasa.

12.35 tengah hari: Speaker DUN Perak, V. Sivakumar berkata, beliau akan menghantar surat kepada Sultan Perak pada pukul 3 petang ini bagi memohon perkenan baginda untuk mengadakan mesyuarat DUN tergempar dan menunda upcara mengangkat sumpah Menteri Besar baru.

12.15 tengah hari: Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming memberitahu wartawan, Pakatan Rakyat akan mengadakan kembara di seluruh negeri untuk memberi penjelasan berhubung situasi politik negeri itu dan berjanji Pakatan akan kembali berkuasa di Perak.

10.45 pagi: Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, pihak polis mengawal bangunan SUK seperti yang diminta oleh Setiausaha Kerajaan Negeri bagi memastikan kelancaran peralihan kuasa.

10.40 pagi:Nizar meninggalkan bangunan SUK dan sebelum itu memberitahu wartawan yang beliau dibenarkan menggunakan kenderaan rasmi kerajaan negeri sehingga Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir mengangkat sumpah pada pukul 3.30 petang ini.

10.15 pagi: Nizar diiringi keluar daripada pejabat MB yang kini kosong di bangunan tersebut oleh Ketua Polis Ipoh, Azisman Alias yang turut menghalang Nizar daripada mengadakan sidang media di pejabat tersebut.

9.50 pagi: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Ipoh menggunakan kenderaan rasmi baru kerajaan negeri, Toyota Camry. Beliau dibenarkan melalui pintu masuk utama di jalan utama yang menghala bangunan tersebut pada pukul 9.50 pagi. Kesemua 10 Exco Pakatan Rakyat yang bersama beliau juga dibenarkan masuk. -Mstar

2 Komen:

hUmmY said...

dah jd blog politik ke blog yu ni?

menyampah!

Doyok said...

blog ni mcm2 ada. titik!

Kolum Encik KhaL © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates