Ekoran daripada keputusan FAM memberikan kemenangan percuma kepada pasukan KL Plus semalam, satu piket secara aman akan diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV petang ini jam 5.00 petang dan esok di Wisma FAM jam 3.00 petang. Semua penyokong Kelantan diminta memakai baju berwarna merah sebagai tanda sokongan kepada skuad Kelantan. Adalah diingatkan bahawa piket ini diadakan secara aman dan diharapkan penyokong mengawal emosi agar tidak berlaku sebarang kejadian buruk.
Bagi mereka yang ingin membawa bendara, hanya bendera negeri sahaja yang dibenarkan. Sebarang bendera parti politik diharamkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi TUAN PRESIDEN - 0192285521 / MATSEJUK - 0193356449
Bagi mereka yang ingin membawa bendara, hanya bendera negeri sahaja yang dibenarkan. Sebarang bendera parti politik diharamkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi TUAN PRESIDEN - 0192285521 / MATSEJUK - 0193356449
Kelantan kalah percuma dalam 24 jam
KUALA LUMPUR - Tidak sampai pun 24 jam meraikan kemenangan sulung kelmarin, Kelantan dipaksa menyerahkan kemenangan percuma 3-0 kepada KL PLUS gara-gara tidak mengambil berat persediaan gelanggangnya, Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu bagi perlawanan pertama bola sepak Liga Super, Sabtu lalu.
Skuad Kijang atau kini mahu digelar Wira Merah ini turut kehilangan tiga mata daripada perlawanan tersebut yang gagal dikatakan dilangsungkan oleh tuan rumah atas alasan keadaan padang yang becak dan teruk serta ditakungi air ekoran cuaca hujan lebat di Kota Bharu, beberapa jam sebelumnya.
Tarikh baru perlawanan itu juga belum ditetapkan walaupun pada kebiasaannya, setiap perlawanan yang ditunda atas alasan cuaca perlu dilangsungkan dalam tempoh 24 jam selepas itu.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Lt. Jen. (B) Datuk Azzuddin Ahmad ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam berkata: "Kelantan didapati gagal membuat persediaan asas sebagai tuan rumah malah tidak memaklumkan kami lebih awal. Jadi kemenangan 3-0 dan tiga mata perlawanan itu diberikan kepada lawannya, KL PLUS."
Katanya, Kelantan bagaimanapun berhak mengemukakan rayuan atas keputusan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM yang bersidang (petang semalam) dalam tempoh 14 hari.
Kelmarin, skuad bimbingan Peter Butler itu menewaskan UPB-MyTeam 4-2 untuk meraih kemenangan sulung tetapi keputusan FAM itu menurunkan negeri Pantai Timur ke tangga kelapan dari kelima selepas aksi di Stadium Petaling Jaya itu.
3 Komen:
HAHAHA!
ape ni riot kat kj!
keji btol!
ape ni riot kat kj!
mensemak je!
HAHA!
ni napa flood ni
keji tol
hahahahahaha
Post a Comment