Pengguna telefon bimbit perlu berwaspada kerana alat telekomunikasi itu boleh mengeluarkan radiasi tinggi yang mungkin membahayakan, terutama jika digunakan pada waktu puncak.
Pakar radar dan komunikasi, Sohaimi Mior Hassan, berkata penggunaan telefon bimbit dalam tempoh lama tanpa sebarang alat perlindungan boleh menyebabkan gangguan kesihatan berikutan radiasi dihasilkan.
Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tele-Infra Teknologi Sdn Bhd (Tele-Infra), satu-satunya syarikat pengauditan infrastruktur dan telekomunikasi di negara ini, berkata pengguna perlu menggunakan alat perlindungan seperti ‘hands-free’ (bebas tangan) dan elakkan daripada bercakap terlalu lama menerusi telefon bimbit.
“Saya pernah membuat pemeriksaan radiasi dihasilkan telefon bimbit pada waktu puncak dan mendapati bacaannya mencecah 40 volt/meter (v/m), iaitu tahap maksimum mengikut garis panduan Suruhanjaya Antarabangsa Perlindungan Radiasi Bukan Pengionan (ICNIRP),” katanya.
Harian Metro 28 April lalu mendedahkan risiko tinggi penduduk diserang kanser dan pelbagai penyakit kronik berikutan tinggal berhampiran menara pemancar telekomunikasi di Taman Subang, Kelana Jaya.
Pendedahan mengejutkan itu dibuat Profesor Bersekutu Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Adlina Suleiman bersama 10 pelajarnya memerusi kajian kesan radiasi menara pemancar telekomunikasi terhadap penduduk di Taman Subang.
Hasil kaji selidik dua minggu membabitkan 170 penduduk taman perumahan itu mendapati 8.23 peratus responden diserang kanser berbanding tidak sampai satu peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat negara ini mengalami penyakit sama.
Sementara itu, Sohaimi berkata, pihak berwajib juga perlu membuat pemantauan membabitkan gelombang yang dihasilkan kemudahan Internet jalur lebar tanpa wayar (Wi-Fi) yang juga menghasilkan tahap radiasi tinggi.
“Satu lagi bacaan membabitkan Wi-Fi yang pernah dilakukan Tele-Infra menunjukkan bacaan agak tinggi iaitu 25v/m.
“Saya bimbang jika tidak dipantau, ia boleh mengganggu kesihatan pengguna terutama dalam jangka masa panjang,” katanya.
Sumber: Harian Metro
5 Komen:
sile jgn gune tepon mahupon wireless!
jd katak bwh tempurung ye!
ai guna tipun rumah je. tenet pon pakai stimik. auchhh :))
hahahaha!
ai malas pakai tepon!
intenet pon tamao!
vavavava~
:))
err..
aku ada penyakit ini kah ?
huhu
wahaa. dah lupa ke tante yonna? waduh gimana dong tante :))
Post a Comment